awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi sesi pendengaran awam untuk projek Pelan Pembangunan KL

Bernama
Bernama
27/05/2019
21:00 MYT
Tiada lagi sesi pendengaran awam untuk projek Pelan Pembangunan KL
KHALID: Melainkan jika sesuatu projek itu bercanggah dengan Pelan Pembangunan KL 2020 dan 2040, barulah pendengaran awam itu perlu dibuat untuk menjelaskan kepada penduduk sebab percanggahan dan pelanggaran. - Gambar fail
Sebarang projek yang diluluskan di bawah Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 dan 2040 tidak lagi akan mengguna pakai Kaedah 5 Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982, yang membolehkan penyertaan awam dalam perancangan dan kawalan pembangunan oleh kerajaan.
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata berikutan itu, tiada lagi sesi pendengaran awam oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju yang akan membentangkan Laporan Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) dan Penilaian Impak Trafik (TIA) kepada penduduk selepas sesuatu projek pembangunan diluluskan.
"Kaedah 5 adalah mekanisme bila tiada pelan yang digazetkan kerana pada masa itu pembangunan dilakukan tidak ikut apa-apa garis panduan...sebab itu ada Kaedah 5. Masa itu cadangan pembangunan boleh dipersoalkan tapi bila pelan dah diwartakan sekarang tidak perlu lagi nak pendengaran awam.
"Melainkan jika sesuatu projek itu bercanggah dengan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 dan 2040, contohnya plot ratio yang ditetapkan hendak dilebihi oleh pemaju barulah pendengaran awam itu perlu dibuat untuk menjelaskan kepada penduduk sebab percanggahan dan pelanggaran itu dengan menyertakan bukti-buktinya," katanya.
Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah Persekutuan bersama 11 Anggota Parlimen Kuala Lumpur di sini, pada Isnin.
Katanya sebarang projek pembangunan di sekitar ibu kota pada masa akan datang perlu menyediakan TIA dan SIA terlebih dahulu sebelum diluluskan oleh Datuk Bandar berdasarkan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur.
"Banyak pendengaran awam yang terpaksa kami kendalikan sekarang kerana diluluskan sebelum pelan pembangunan (Kuala Lumpur) digazetkan dan TIA serta SIA hanya disediakan selepas projek diluluskan, itupun atas pandangan penduduk," katanya.
Sementara itu, Khalid berkata Julai ini, DBKL akan melantik perunding bagi merangka Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 yang dijangka digazetkan pada tahun hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#kerajaan
#Khalid Abdul Samad
#Pelan Pembangunan KL
#pelanggaran
#pendengaran awam
#Penduduk
#Penilaian Impak Sosial
#Penilaian Impak Trafik
#percanggahan
#perunding
#warta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan