Tiada lagi 'walk-in' untuk dapatkan suntikan dos penggalak - Protecthealth

Hafizi Rosli
Januari 4, 2022 03:52 MYT
Protecthelath memaklumkan, hanya mereka yang menerima temu janji di MySejahtera akan dibenarkan untuk mengambil dos penggalak di PPV. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suntikan dos penggalak (booster dose) secara 'walk-in' tidak lagi diberikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPS) secara terus tanpa temu janji atau PPV Walk-In.
Menurut ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), tindakan itu diputuskan susulan laporan orang ramai beratur panjang sehingga menyebabkan kesesakan berlaku di beberapa PPV di Lembah Klang.
Memetik laporan portal The Star yang mengubungi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Anas Alam Faizli, hanya mereka yang menerima tarikh temu janji di aplikasi MySejahtera sahaja akan dibenarkan untuk mengambil dos penggalak di PPV.
Walaubagaimanapun, kepada mereka yang layak dan memerlukan dos penggalak dengan segera namun masih belum menerima temu janji, boleh mendaftar dalam senarai menunggu di PPV pilihan mereka.
Ia boleh dibuat dengan melayari laman sesawang protecthelath.com.my dan boleh memilih PPV pilihan masing-masing.
#PPV #MySejahtera #Pusat Pemberian Vaksin #vaksin