[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Tiada lagi zon hijau di Semenanjung Malaysia

Astro Awani 19/05/2021 | 09:06 MYT
KKM berkata, pemantauan dibuat berdasarkan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia bagi tempoh 5 Mei hingga 18 Mei 2021. - Gambar/ KKM
KUALA LUMPUR: Tiada lagi zon hijau direkodkan daerah negeri-negeri di Semenanjung Malaysia susulan peningkatan kes baharu COVID-19 sejak awal Mei.
Menurut perkongsian oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui akaun Twitter, 10 daerah dikelaskan sebagai zon kuning iaitu Kangar di Perlis; Padang Terap dan Sik di Kedah; Gua Musang di Kelantan; Kemaman dan Hulu Terengganu di Terengganu; Maran dan Cameron Highlands di Pahang; Mesing di Johor serta Perak Tengah di Perak.
Lapan daerah pula dikategorikan sebagai zon jingga iaitu Kampar, Langkawi, Marang, Bera, Lipis, Rompin, Jelebu dan Kuala Pilah.
Selain daripada daerah zon kuning dan jingga terbabit, semua daerah lain di Semenanjung Malaysia dikelaskan sebagai zon merah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, KKM memaklumkan masih terdapat 13 zon hijau di Sabah dan Sarawak.
Ia melibatkan Asajaya, Simunjan, Kabong, Marudi dan Telang Usan di Sarawak.
Di Sabah pula, zon hijau ialah Tambunan, Kudat, Nabawan, Pitas, Kuala Penyu, Tongod, Telupid dan Beluran.
Selain itu, sembilan daerah dikelaskan sebagai zon merah di Sabah dan Sarawak (26).
KKM berkata, pemantauan dibuat berdasarkan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia bagi tempoh 5 Mei hingga 18 Mei 2021.
#COVID-19 #tiada zon hijau #Semenanjung Malaysia #KKM #Sabah #Sarawak #zon merah #zon jingga #zon kuning