awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup dua hari sempena acara kayuhan
Kes merusuh di Pasar Awam Melor: 12 individu direman empat hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada laporan berhubung dakwaan individu sebar COVID-19 di Pulau Pinang - Polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
27/05/2021
23:05 MYT
Tiada laporan berhubung dakwaan individu sebar COVID-19 di Pulau Pinang - Polis
Anbalagan menasihatkan individu atau penama atau ahli keluarga yang dikaitkan dengan khabar angin itu tampil membuat laporan polis. -Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Polis tidak menerima sebarang laporan polis berhubung maklumat tular mengatakan seorang individu yang dijangkiti COVID-19 telah pergi merata tempat bertujuan menyebarkan wabak COVID-19 kepada orang ramai di kawasan Bayan Baru, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan berkata setakat ini tiada maklumat berkenaan perkara itu diterima daripada mana-mana pihak.
"Tiada laporan sedemikian setakat ini, malah pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga tidak meminta bantuan pihak kita mengesan individu tersebut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Sebelum ini tular di media sosial mendakwa seorang lelaki yang positif COVID-19 telah bertindak menyebarkan wabak berkenaan kepada orang ramai di bahagian pulau dan sekitar Butterworth di negeri ini.
Memandangkan maklumat tersebut telah tular, Anbalagan menasihatkan individu atau penama atau ahli keluarga yang dikaitkan dengan khabar angin itu tampil membuat laporan polis.
"Mereka boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat untuk membuat laporan polis," katanya lagi.
Dalam pada itu, Anbalagan menasihati orang awam supaya tidak menyebarkan sebarang berita tidak sahih yang boleh menggugat keharmonian serta mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.
Menurut maklumat yang tular di media sosial Facebook dan WhatsApp, seorang lelaki didakwa positif COVID-19 menjadi buruan polis selepas dia didakwa bertindak mahu menyebarkan wabak berkenaan kepada orang awam.
Lelaki berkenaan dikatakan telah melarikan diri dari rumah selepas disahkan positif.
Topic Berkaitan
#Facebook
#KKM
#WhatsApp
#media sosial
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#khabar angin
#Anbalagan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan