awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa 6.4 magnitud landa semenanjung Kamchatka, Rusia
Malaysia kecam serangan terbaru Israel di Gaza, nyatakan pencabulan gencatan senjata
AKPS dalam proses lengkapkan prosedur pengambilan 200 bekas tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada laporan diterima mengenai kejadian belalai air di Pengerang

Bernama
Bernama
24/05/2022
11:07 MYT
Tiada laporan diterima mengenai kejadian belalai air di Pengerang
MetMalaysia Johor mengesahkan bahawa kejadian seumpama itu pernah terjadi di negeri ini. - Gambar/ Media sosial
JOHOR BAHRU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Johor tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian belalai air yang didakwa berlaku di Pengerang, Kota Tinggi, petang semalam.
Pengarah Pejabat Meteorologi Johor Nor Adawiah Abdullah bagaimanapun menasihatkan orang ramai yang berdepan dengan kejadian tersebut agar menjauhkan diri dari kawasan terbabit.
Beliau turut mengesahkan bahawa kejadian seumpama itu pernah terjadi di negeri ini.
"Kita tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian belalai air yang dikatakan berlaku di Pengerang, namun ia pernah terjadi (di negeri ini), tetapi saya tiada maklumat mengenai itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Nor Adawiah berkata belalai air adalah puting beliung bersaiz kecil yang terbentuk di kawasan laut ketika proses pembentukan awan ribut petir kumulonimbus sedang berlaku yang saiznya kurang daripada 50 meter dan had laju kebiasaannya tidak melebihi 150 km/j.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 13 saat di laman sosial Facebook memaparkan kejadian belalai air yang didakwa berlaku di Pengerang, Kota Tinggi, petang semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#belalai air
#pengerang
#Johor
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan