NATIONAL
Tiada laporan gerai penjaja MyKiosk mereput tanpa peniaga - Exco
Rais (kiri) menyempurnakan gimik perasmian Majlis Sambutan Hari Guru SK Paya Rumput, Melaka, 16 Mei 2025. --fotoBERNAMA
MELAKA: Tiada laporan gerai penjaja MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang diagihkan kepada empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka mereput tanpa peniaga.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata permintaan peniaga dan penjaja di Melaka agak tinggi, khususnya di kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
"Saya mungkin tidak faham mengapa MyKiosk ini tidak berjaya di tempat lain, tetapi di Melaka keadaan masih terkawal... Saya akui mungkin ada beberapa unit MyKiosk yang masih belum dibuka kerana ia bukanlah isu yang besar.
"Hanya sekitar 10 hingga 15 peratus gerai berkenaan yang belum diisi atau belum mempunyai peniaga tetapi saya yakin sedikit masa lagi semua unit berkenaan akan diisi sepenuhnya, kerana permintaan adalah tinggi," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Paya Rumput dan menyampaikan Anugerah Tokok Guru Alumni sekolah berkenaan.
Rais berkata sebagai contoh, pada minggu lepas, MBMB menjalankan sesi temu duga permohonan MyKiosk berkenaan dan sebanyak 75 peniaga serta penjaja hadir mencuba nasib sedangkan gerai yang masih berbaki hanya 30 unit.
Beliau berkata gerai penjaja MyKiosk yang dilihat belum dibuka tidak semestinya tidak mempunyai peniaga, sebaliknya ada antara mereka masih belum mula berniaga kerana membuat beberapa persediaan yang diperlukan untuk beroperasi.
Sebelum ini, media melaporkan ada pihak mendakwa MyKiosk di bawah KPKT berkenaan adalah projek 'gajah putih'.
Projek MyKiosk adalah inisiatif KPKT untuk membantu golongan B40 dan peniaga perusahaan mikro, kecil, dan sederhana dengan menyediakan ruang niaga yang seragam, selamat dan selesa dengan kadar sewaan yang rendah.
Sehingga Disember 2024, sebanyak 7,243 unit MyKiosk telah diluluskan di 133 PBT di seluruh negara, membantu lebih 7,000 keluarga meningkatkan pendapatan mereka.
-- BERNAMA