awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada laporan polis dibuat oleh Pengerusi MyWatch berhubung cubaan langgar di Bahau

Aizat Sharif
Aizat Sharif
01/03/2014
09:43 MYT
Tiada laporan polis dibuat oleh Pengerusi MyWatch berhubung cubaan langgar di Bahau
Tiada sebarang laporan diterima polis dari Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R.Sri Sanjeevan yang mendakwa dirinya nyaris dilanggar kereta Perodua Kancil yang dipandu seorang individu yang tidak dikenali di Taman Sornam, Bahau semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hamzah Alias ketika dihubungi Astro Awani berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis berkenaan dengan insiden tersebut.
“Tiada sebarang laporan polis dibuat jadi saya gesa beliau (R.Sri Sanjeevan) supaya tampil untuk membuat laporan jadi insiden ini boleh disiasat,” katanya.
Sanjeevan dalam laman Twitternya semalam mendakwa beliau nyaris dilanggar dan hampir diserang oleh dua orang lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil dengan bernombor pendaftaran WJH 2664.
Beliau bagaimana pun berjaya menyelamatkan diri dan kejadian yang berlaku pada jam 5.30 petang itu terjadi sehari selepas genap setahun kes cubaan bunuh terhadap beliau pada 27 Februari 2013.
Dalam kejadian tahun lalu itu, Sanjeevan telah ditembak oleh seorang penunggang motorsikal di sebuah persimpangan lampu isyarat berhampiran rumahnya di Bahau.
Beliau bagaimana pun terselamat namun berada keadaan kritikal dan koma selama 35 hari di hospital.
Menceritakan kembali insiden yang berlaku semalam itu, menurutnya, beliau baru sahaja selesai mengambil beberapa foto di belakang sebuah bangunan berdekatan sebuah premis yang dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di Taman Sornam.
“Ketika saya mula menaiki kenderaan saya, pemandu saya memberitahu bahawa dia ternampak ada sebuah kereta yang asyik mengekori dan memerhatikan gerak-geri kami,” kata Sanjeevan.
Oleh hal demikian, pemandu beliau telah membawanya keluar dari taman tersebut dan menuju ke Taman ACBE yang terletak berdekatan Taman Sornam namun kenderaan itu masih terus mengekori mereka.
“Memikirkan keselamatan kami, pemandu saya terus memecut kereta menuju kea rah Pusat Perniagaan Bahau dan di suatu persimpangan, saya sempat mengambil gambar kereta tersebut dan saya dapati seakan-akan terdapat dua lelaki dalam lingungna 30an dalam kereta tersebut,”.
Beliau kemudia diturunkan oleh pemandunya di sebuah kedai kopi dan Sanjeevan terus memasuki premis berkenaan.
“Pemandu saya pula terus memandu kenderaan dan kereta Perodua Kancil itu terus mengekori mereka. Malah, pemandu saya dakwa bahawa kereta perodua Kancil itu sempat menghalang perjalanannya sambil menjerit dan memarahi dia namun butiran percakapan tersebut tidaklah difahami olehnya,” .
Menurut Sanjeevan, beliau merasakan ugutan tersebut berlaku disebabkan beliau telah mengambil foto-foto pusat pelacuran tersebut.
Beliau bercadang untuk membuat laporan polis dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#bahau
#langgar
#sanjeevan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan