awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam pengeboman di Iran - Wisma Putra

Bernama
Bernama
04/01/2024
07:54 MYT
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam pengeboman di Iran - Wisma Putra
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pengeboman itu dan menolak sebarang tindakan ganas dan aktiviti keganasan sambil menggesa supaya mereka yang terlibat segera dibawa ke muka pengadilan. -Gambar fail/Reuters
PUTRAJAYA: Setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam tragedi pengeboman di Kerman Cemetary di bandar Kerman pada Rabu ( 3 Jan) yang mengorbankan sekurang-kurangnya 95 orang dan beratus-ratus lagi cedera, menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Khamis.
Menurut kenyataan itu, Kedutaan Malaysia di Tehran akan terus memantau perkembangan semasa dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini.
"Rakyat Malaysia di Iran, khususnya yang berada di bandar Kerman dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan semasa, mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi nasihat perjalanan oleh pihak berkuasa tempatan," menurut Wisma Putra.
Kedutaan Malaysia di Tehran boleh dihubungi di No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St, Shahrak-e-Gharb atau telefon (+98 21 880724444 atau +98 21 88078606) dan menerusi e-mel di [email protected] atau [email protected].
Menurut Wisma Putra, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pengeboman itu dan menolak sebarang tindakan ganas dan aktiviti keganasan sambil menggesa supaya mereka yang terlibat segera dibawa ke muka pengadilan.
"Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang kehilangan insan tersayang dalam tragedi ini serta kepada kerajaan dan rakyat Iran.
"Malaysia turut mendoakan mereka yang cedera cepat sembuh," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#Wisma Putra
#pengeboman di Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan