awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TimeTec Parking lancar sistem bayaran parkir guna DuitNow QRPay
Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung
Istana nafi Tengku Ampuan Pahang tawar bantuan wang tunai melalui media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada larangan kenderaan barangan di jalan raya semasa perayaan Tahun Baru Cina

Bernama
Bernama
04/02/2021
12:51 MYT
Tiada larangan kenderaan barangan di jalan raya semasa perayaan Tahun Baru Cina
Kementerian Pengangkutan tidak akan melaksanakan perintah larangan kepada kenderaan barangan daripada beroperasi di jalan raya dalam tempoh perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA:Kementerian Pengangkutan tidak akan melaksanakan perintah larangan kepada kenderaan barangan daripada beroperasi di jalan raya dalam tempoh perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini, kata Menterinya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Setiap tahun, menurutnya pihak kementerian mengeluarkan perintah larangan kepada kenderaan barangan daripada beroperasi di jalan raya bagi beberapa hari yang ditetapkan ketika perayaan Tahun Baru Cina, yang bertujuan meningkatkan tahap keselamatan jalan raya serta mengelakkan berlakunya kesesakan.
"Namun begitu, memandangkan semua negeri kecuali Sarawak masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 18 Feb dan PKP Bersyarat (PKPB) di Sarawak adalah sehingga 14 Februari, pihak kementerian tidak akan melaksanakan perintah larangan itu kepada kenderaan berat dalam tempoh sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wee juga berkata tiada halangan pengoperasian dikenakan bagi perkhidmatan perlu sepanjang tempoh PKP termasuk ketika musim perayaan Tahun Baru Cina.
"Ini selari dengan peraturan sedia ada di sepanjang tempoh PKP dan PKPB termasuk melarang pergerakan rentas negeri dan daerah kecuali bagi sektor kritikal yang telah dibenarkan," katanya.
"Namun segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu dipatuhi tanpa sebarang kompromi," tambahnya.
Sementara itu Wee berkata Kementerian Pengangkutan telah mengemas kini Surat Pengesahan Pengoperasian Perkhidmatan Perlu (Essential Services) untuk kegunaan pemain industri pengangkutan dan logistik susulan pelanjutan tempoh PKP di seluruh negara kecuali Sarawak, sehingga 18 Februari.
Beliau berkata pengemaskinian itu dibuat dengan mengambil kira maklum balas serta input daripada para pemain industri pengangkutan dan logistik berkenaan isu di lapangan dan demi kepentingan rakyat.
Pemain industri pengangkutan dan logistik yang telah berdaftar dipelawa memuat turun surat berkenaan melalui Sistem SMILE di pautan https://application.mot.gov.my.
"Kementerian Pengangkutan ingin menegaskan bahawa pemain industri pengangkutan dan logistik bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.
Beliau berkata tindakan mengkompaun kesalahan selaras dengan Seksyen 25, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342] akan dikenakan jika gagal mematuhinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenderaan barangan
#perintah larangan
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#Tahun Baru Cina
#Wee Ka Siong
#Kementerian Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan