MALAYSIA
Tiada larangan perhimpunan aman di hadapan Parlimen - Fahmi
Fahmi menegaskan bahawa tiada larangan dikenakan terhadap perhimpunan awam secara aman di hadapan bangunan Parlimen. - Gambar/ BERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan bahawa kerajaan tidak mengenakan sebarang larangan terhadap perhimpunan awam secara aman di hadapan bangunan Parlimen.
Menurut beliau, meskipun terdapat cadangan untuk mewujudkan lokasi khas bagi penyerahan memorandum atau penyataan pandangan termasuk di Padang Merbok, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menolak cadangan tersebut dan mengekalkan pendirian bahawa rakyat berhak berhimpun secara aman di hadapan Parlimen.
“Perdana Menteri menegaskan bahawa perhimpunan di hadapan Parlimen tidak harus dihalang. Cuma diminta agar aspek laluan keluar masuk ke Parlimen dikawal dengan baik supaya tidak mengganggu urusan ahli-ahli Parlimen dan pihak berkepentingan.
“... walaupun Padang Merbok pernah dijadikan lokasi alternatif, Perdana Menteri tetap berpendirian bahawa hak rakyat untuk berhimpun di hadapan Parlimen tidak harus disekat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Mingguan Menteri Komunikasi serta Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan oleh Rakan Strategik Kementerian Komunikasi sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 (HKHM 2025), di sini hari ini.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa untuk meneliti keadaan pagar di sekitar Padang Merbok dan melaksanakan penambahbaikan agar kawasan tersebut dapat dimanfaatkan dengan lebih baik oleh orang awam.
Dua hari lalu, Dr Zaliha mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka pintu pagar Padang Merbok yang terletak berhampiran bangunan Parlimen dan Tugu Negara, bagi membolehkan orang ramai memanfaatkannya sebagai ruang rekreasi dan kegunaan awam.
Menurut beliau, langkah itu selaras dengan visi Bandar CHASE yang mengangkat konsep “Bandar Sihat”, memandangkan Padang Merbok menyimpan nilai sejarah dan sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan komuniti.
Dalam pada itu, Fahmi mengakui bahawa terdapat kekurangan dari segi penyelarasan dan pemakluman dalam beberapa perhimpunan sebelum ini, yang menimbulkan isu berkaitan kelancaran laluan dan keselamatan.