awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada layanan istimewa untuk Najib di Penjara Kajang

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2022
08:44 MYT
Tiada layanan istimewa untuk Najib di Penjara Kajang
Nordin Muhamad (gambar) berkata semua kakitangan Jabatan Penjara tertakluk kepada SOP dalam menguruskan banduan. - Gambar fail
KAJANG: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak diberi layanan istimewa di Penjara Kajang.
Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Muhamad berkata semua kakitangan Jabatan Penjara tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam menguruskan banduan.
“Kami memberikan layanan yang sama kepada setiap banduan dan tidak timbul soal berat sebelah.
"Najib sedang menjalani hukuman penjara dan perlu mematuhi Akta Penjara 1995," katanya ketika ditemui selepas pelancaran Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 (Akta A1660) di Ibu Pejabat Penjara Malaysia pada Selasa.
Nordin berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota yang memberi layanan istimewa kepada mana-mana banduan.
“Kita perlu menghormati kedaulatan undang-undang. Pegawai penjara tidak mempunyai kuasa untuk memberi layanan istimewa.
“Kami diamanahkan untuk menguatkuasakan undang-undang,” katanya lagi.
Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Penjara Kajang
#Jabatan Penjara
#1Malaysia Development Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan