awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada limpahan air di pesisir pantai akibat air pasang besar

Bernama
Bernama
01/09/2019
03:01 MYT
Tiada limpahan air di pesisir pantai akibat air pasang besar
Keadaan pantai di Selangor dilaporkan terkawal dan tiada sebarang limpahan air berlaku di pesisir pantai berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku awal pagi ini. -Gambar hiasan
Keadaan pantai di Selangor dilaporkan terkawal dan tiada sebarang limpahan air berlaku di pesisir pantai berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku awal pagi ini.
Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor ketika dihubungi Bernama berkata keadaan ban ataupun benteng di kawasan pesisir pantai juga kukuh dan berada dalam keadaan baik.
"Keadaan dilaporkan baik dan selamat serta cuaca juga cerah dan baik. Tiada sebarang pusat pemindahan yang dibuka setakat pukul 9. 30 pagi ini," katanya.
Daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam kini diletakkan dalam persediaan peringkat tinggi bagi menghadapi fenomena air pasang besar kerana berisiko tinggi mengalami banjir sekiranya berlaku angin kencang dan hujan lebat.
Unit Pengurusan Bencana Selangor dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, fenomena air laut pasang besar diramal berlaku pada hari ini dan esok (1 hingga 2 Sept), 29 Sept sehingga 2 Okt, dan 27 sehingga 30 Okt di pesisiran pantai Selangor, dengan ketinggian paras air laut dijangka mencecah 5.7 meter.
Sehubungan itu, pelbagai agensi berkaitan termasuk Pihak berkuasa Tempatan di negeri ini turut diarah berjaga-jaga bagi menghadapi fenomena air pasang besar berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#fenomena air pasang besar
#limpahan air
#pantai di Selangor
#pusat pemindahan
#Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan