awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada majikan terkecuali daripada perintah gaji minimum 2016

Bernama
Bernama
15/05/2016
23:30 MYT
Tiada majikan terkecuali daripada perintah gaji minimum 2016
Kerajaan sudah melaksanakan beberapa siri penerangan untuk memberi penjelasan terperinci mengenai perkara itu kepada majikan dan pekerja. - Gambar hiasan
Tiada majikan yang dikecualikan daripada membayar gaji minimum kepada pekerja mereka setelah pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) berkuat kuasa 1 Julai nanti.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata bagi tujuan itu kerajaan sudah melaksanakan beberapa siri penerangan seperti bengkel untuk memberi penjelasan terperinci mengenai perkara itu kepada majikan dan pekerja.
"Penerangan kepada pihak terbabit di Sabah dan Sarawak sudah pun selesai minggu lalu, manakala di Semenanjung usaha penerangan sedang berjalan dan dijangka tamat pada pertengahan bulan depan," katanya kepada pemberita selepas menutup Pesta Air Chenor 2016 di Jeti Chenor Lama di sini, pada Ahad.
Ismail berkata sehubungan itu diharapkan sebanyak 700,000 majikan dan syarikat yang berdaftar dengan kementeriannya dapat melaksanakan bayaran gaji minimum RM1,000 bagi Semenanjung dan RM920 di Sabah dan Sarawak.
Kegagalan majikan melaksanakan bayaran gaji minimum kepada para pekerja boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tegas," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan perintah gaji minimum itu disemak setiap dua tahun sekali oleh Jawatankuasa Penyelarasan Gaji Negara terdiri daripada majikan, pekerja, wakil bank dunia dan kementerian.
Topic Berkaitan
#Ismail Abd Muttalib
#Jawatankuasa Penyelarasan Gaji Negara
#Perintah Gaji Minimum 2016
#PGM 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan