MALAYSIA
Tiada masalah pemilihan ketua kampung - Exco Perak
Asmuni bertemu rakyat yang menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri beliau selaku ADUN Manjoi dan Parti Amanah Negara Kawasan Tambun, di Ipoh, 23 Jun, 2018. - Foto Facebook Asmuni Awi
Kerajaan negeri tidak berdepan masalah berhubung pemilihan ketua kampung yang hangat diperkatakan pada ketika ini.
Exco Kerajaan negeri, Asmuni Awi berkata, proses pemilihan ketua kampung berkenaan sebenarnya hampir selesai dan bakal melibatkan semua komponen Pakatan Harapan di negeri ini.
“Setakat ini tak ada masalah, yang penting kriteria yang diperlukan mestilah orang tempatan, tidak muflis, berkelakuan baik dan diterima masyarakat setempat.
“Proses lantikan difahamkan bermula 1 Julai 2018 depan,” katanya pada satu sidang media sempena Majlis Jamuan Aidilfitri beliau selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi dan Parti Amanah Negara Kawasan Tambun, pada Sabtu.
BACA: Kerajaan Johor nafi bertindak kejam tamatkan perkhidmatan ketua kampung
VIDEO: Ketua kampung ditamat kontrak boleh mohon lantikan semula
BACA: Perak tubuh jawatankuasa khas lantik ketua kampung, JKKK
VIDEO: Pelantikan Ketua Kampung baharu mulai 1 Julai
Dalam pada itu, Asmuni berkata, pemilihan ketua kampung berkenaan akan menampilkan muka lama dan muka baharu.
Menurutnya, pihaknya turut memberikan peluang kepada muka lama asalkan mereka masih diperlukan dan disenangi rakyat.
“Kita bukan rombak semua. Walaupun dia orang Barisan Nasional (BN) sekalipun.
“Kita hormati. Kalau orang suka dan selesa, dia kekal,” katanya.

#ADUN Manjoi
#Asmuni Awi
#Barisan Nasional
#ketua kampung
#kriteria
#Masyarakat
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
#parti komponen
#pemilihan
#Perak
#tempatan