awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proses kenal pasti mangsa kebakaran di pusat peranginan Switzerland mungkin ambil masa
Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak
Seorang lelaki, wanita ditahan miliki dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada mesin ATM berdekatan, warga Pakan hadapi kesukaran sepanjang PKP

Lynch Cowan
Lynch Cowan
13/04/2020
09:31 MYT
Tiada mesin ATM berdekatan, warga Pakan hadapi kesukaran sepanjang PKP
Ramai terpaksa berdiri dan berbaris berjam-jam di bawah matahari terik menunggu giliran untuk mendapat memohon surat kebenaran keluar daerah. - Astro AWANI
Ketiadaan mesin pengeluaran automatik (ATM) di Pakan, Sarikei menjadi lebih kritikal sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.
Bayangkan sahaja, mesin ATM terdekat dengan pekan kecil itu adalah sejauh 44 kilometer di bandar Sarikei dan mengambil masa 40 minit menggunakan jalan darat.
Di saat PKP berkuat kuasa pula, warga Pakan perlu merentas daerah demi mengeluarkan wang saku namun mereka perlu melapor diri di Pondok Polis Pakan.
Tinjauan Astro AWANI di pekan kecil itu pada Isnin (13 April 2020) mendapati, satu barisan panjang menyaksikan warga Pakan sedang beratur bagi mendapatkan kebenaran keluar daerah.
Difahamkan, 197 orang beratur namun hanya 148 orang diberi kebenaran keluar daerah bagi tujuan itu namun keutamaan diberikan kepada mereka yang ingin ke klinik atau hospital untuk mengambil ubat dan janji temu.
Situasi ini menyebabkan ramai yang mengeluh kerana terpaksa berdiri dan berbaris berjam-jam di bawah matahari terik menunggu giliran untuk mendapat memohon surat kebenaran keluar daerah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Julau, DSP Ismuni Umar, ketiadaan fasiliti ini menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang demi mendapatkan permit keluar daerah ini.
"Kebanyakan permit yang dikeluarkan adalah untuk pergi ke Sibu dan Sarikei memandangkan lebih banyak bank di kedua-dua bandar tersebut," ujarnya.
Tambahnya, pihaknya telah meminta wakil rakyat di kawasan berkenaan untuk meminta pihak-pihak bank menyediakan khidmat mesin ATM di Pakan namun belum ada sebarang keputusan susulan permintaan tersebut.
Sehubungan itu, katanya penduduk Pakan terpaksa pergi ke Julau, Sarikei atau bandar Sibu bagi melakukan transaksi pengeluaran wang tunai.
Topic Berkaitan
#ATM
#COVID-19
#Julau
#Pakan
#perintah kawalan pergerakan
#Sarawak
#Sarikei
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan