MALAYSIA
Tiada padang bola, halaman rumah ketua kampung jadi 'stadium mini'
Aktiviti bermain bola sepak di halaman rumah ketua kampung.
JELEBU: Ketiadaan padang permainan menyebabkan sekumpulan kanak-kanak menjadikan halaman rumah Ketua Kampung Kuala Pah di sini sebagai tempat bermain bola sepak setiap petang.
Ringkasan AI
Ketua Kampung Kuala Pah, Muhamad Raus Md Som mengakui tidak keberatan membenarkan kawasan rumahnya dijadikan padang bola sepak memandangkan kampung tersebut tidak mempunyai kemudahan itu.
Beliau bersama penduduk kampung turut mengambil inisiatif bergotong-royong membina tiang gol sebagai galakan kepada anak kampung beriadah dan mengisi masa lapang secara sihat.
“Sudah lebih lima tahun halaman rumah ini dijadikan tempat anak kampung berusia antara sembilan hingga 18 tahun bermain bola sepak.
“Kampung ini tiada padang permainan. Saya tidak keberatan membenarkan mereka menggunakan kawasan ini sebagai tempat bermain. Sekurang-kurangnya mereka dapat meningkatkan kemahiran bermain bola sepak, lebih-lebih lagi kerana ramai antara mereka bermain dengan kelab di Kuala Klawang,” katanya.
Tambahnya, walaupun kemudahan agak terhad, namun setakat ini tiada aduan diterima daripada penduduk kampung berhubung kerosakan harta benda.
“Ada juga ibu bapa datang menjenguk anak mereka bermain antara jam 5 petang hingga 6.45 petang.
“Biarlah mereka jadikan halaman rumah saya sebagai tempat beriadah daripada membuang masa tidak tentu arah,” katanya.
Penduduk, Mohd Kamil Zainon, 49, berkata ketiadaan padang menyebabkan anaknya yang berusia 13 tahun turut bermain bola sepak di halaman rumah ketua kampung berkenaan.
“Tiada tempat lain untuk mereka bermain. Padang sekolah pula jauh dari rumah dan jika mahu ke sana, mereka perlu melalui jalan raya yang sibuk.
“Terima kasih kepada ketua kampung kerana sudi memberi kebenaran kepada anak-anak kampung bermain bola sepak di kawasan rumahnya,” katanya.
Jelasnya, penduduk kampung berharap pihak berwajib khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil rakyat mempertimbangkan pembinaan padang permainan khusus.
Dengan adanya kemudahan tersebut, mereka bukan sahaja dapat beriadah dengan lebih selesa dan selamat, malah boleh mencungkil bakat sukan berpotensi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Halaman rumah Ketua Kampung Kuala Pah, Muhamad Raus Md Som dijadikan tempat bermain bola sepak oleh kanak-kanak kampung kerana ketiadaan padang permainan, dengan sokongan beliau dan penduduk membina tiang gol secara gotong-royong.
- Aktiviti riadah tersebut berlangsung setiap petang tanpa gangguan atau aduan daripada penduduk, malah ibu bapa turut hadir memantau anak-anak mereka bermain secara sihat dan selamat.
- Penduduk berharap pihak berkuasa tempatan dan wakil rakyat mempertimbangkan pembinaan padang permainan khusus agar anak kampung dapat beriadah dengan lebih selesa serta mencungkil bakat sukan ke peringkat lebih tinggi.