awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI bangunkan model AI audio baharu, perbualan lebih semula jadi dijangka Mac ini
Koperasi masjid di Malaysia: Memperkasa ekonomi ummah menjelang 2026
Mahkamah tolak permohonan tahanan rumah bekas presiden Brazil, diarah kembali ke penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada paksaan pemilik restoran vegetarian pohon sijil halal Jakim

Wan Syamsul Amly, Harits Asyraf Hasnan
Wan Syamsul Amly, Harits Asyraf Hasnan
24/11/2016
07:41 MYT
Tiada paksaan pemilik restoran vegetarian pohon sijil halal Jakim
JAMIL KHIR: Soal sijil halal bersifat kesukarelaan bagi syarikat yang tidak memohon bagi premis menjual makanan berasaskan vegetarian dan sayur-sayuran. -Astro AWANI/Shahir Omar
Tiada paksaan untuk pemilik restoran berasaskan sayur-sayuran yang bebas alkohol untuk memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagaimanapun berkata terdapat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi jika pemilik bukan Islam mahu membuat permohonan.
"Soal sijil halal bersifat kesukarelaan bagi syarikat yang tidak memohon bagi premis menjual makanan berasaskan vegetarian dan sayur-sayuran.
"Kalau dia tidak memohon, ia bukan di dalam lingkungan dan tanggungjawab Jakim dan Majlis Agama Islam negeri dan tentunya bercakap soal SOP kita telah ada SOP dalam konteks mereka memiliki sijil dan memohon sijil.
"Tetapi kalau sekiranya syarikat yang vegetarian ingin mendapatkan sijil, kita tidak menjadi halangan walaupun pemiliknya di kalangan bukan Islam sebab banyak makanan dikeluarkan pengusaha bukan Islam tetapi mereka memohon sijil," katanya.
Jamil berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bachok (PAS), Ahmad Marzuk Shaary yang ingin tahu kedudukan status restoran "pork-free" dan apakah tindakan yang boleh diambil ke atas restoran-restoran yang menggunakan status tersebut.
Dalam pada itu, kata Jamil, istilah "pork-free" juga tidak bermaksud premis berkenaan wajib memiliki sijil halal. Ia kerana rata-rata pelanggannya terdiri daripada mereka yang bukan Islam.
Topic Berkaitan
#JAKIM
#pork-free
#sijil halal
#SOP
#vegetarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan