awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada paksaan, terpulang jika Nazir mahu berhenti awal - Daim

Bernama
Bernama
01/07/2018
12:06 MYT
Tiada paksaan, terpulang jika Nazir mahu berhenti awal - Daim
Daim berkata keputusan untuk Nazir meletak jawatan terpulang sepenuhnya kepada individu tersebut. -Gambar fail
Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) tidak memaksa sekiranya Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mahu berhenti awal sebelum kontraknya berakhir pada Ogos 2019.
Pengerusinya, Tun Daim Zainuddin berkata, keputusan untuk Nazir meletak jawatan terpulang sepenuhnya kepada individu tersebut.
"Terpulang kepada dialah, masing-masing ada kontrak. Kalau dia nak berhenti awal terpulang kepada dia," katanya ringkas kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai laporan media tempatan mengenai status Pengerusi Kumpulan CIMB itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku Aishah Ghani Srikandi Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad (KJMWB) dan logo baharunya, di sini hari ini.
Sementara itu, Nazir dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau belum memutuskan sama ada akan melanjutkan tempoh kontraknya yang akan berakhir tahun depan namun akan mengundur diri sekiranya Lembaga Pengarah CIMB, pemegang saham serta Bank Negara mahu beliau meletak jawatan lebih awal.
BACA: Belum ada keputusan mengenai lanjutan Pengerusi CIMB, kata Nazir
Terdahulu pada majlis berkenaan, Pengerusi KJMWB, Armi Zainudin berkata, buku terbitan koperasi itu mengisahkan perjuangan tokoh wanita Tan Sri Aishah Ghani dalam mengendalikan KJMWB sejak penubuhannya pada 1974 sehingga menjadi sebuah daripada koperasi wanita Melayu yang berjaya dan paling lama di Malaysia.
Menurutnya, pengenalan logo baharu koperasi itu sejajar dengan usaha menarik anggota baharu yang akan menjadi tenaga pelapis di samping tampil lebih dinamik, segar dan menggambarkan kemantapan yang ingin dibentuk.
"KJMWB bertekad untuk memesatkan lagi aktiviti pembangunan sosio-ekonominya jadi kami perlu membuat persiapan memasuki fasa pertumbuhan yang lebih mencabar melalui suntikan modal, idea bernas dan tenaga pelapis yang komited," jelasnya.
Turut hadir, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (Yusnita), Tan Sri Zaleha Ismail; Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah; Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berhenti
#Datuk Seri Nazir Razak
#Majlis Penasihat Kerajaan
#MPK
#Pengerusi Kumpulan CIMB
#Tun Daim Zainuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan