awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pemandu kedua, JPJ saman 25 bas ekspres dan persiaran

Bernama
Bernama
25/12/2024
14:37 MYT
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 25 bas ekspres dan persiaran
Tindakan juga diambil ke atas 23 bas atas kesalahan tiada buku log atau kemas kini buku log pemandu manakala satu kes tiada pemandu pelancong. - Bernama
BUKIT MERTAJAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan saman terhadap 25 bas ekspres dan persiaran kerana kesalahan tiada pemandu kedua bagi pemanduan melebihi 300 kilometer (km) atau perjalanan selama empat jam berterusan, dalam operasi khas di tiga plaza tol di negeri ini.
Menerusi kenyataan di laman Facebook pada Rabu, JPJ memaklumkan operasi bermula 10 malam semalam dan berakhir 7 pagi itu dilaksanakan di Plaza Tol Juru (kedua-dua arah), Plaza Tol Bukit Tambun dan Plaza Tol Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
"JPJ turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandu tiada lesen memandu dan sebuah lori kontena kerana pemandu di bawah umur.
"Tindakan juga diambil ke atas 23 bas atas kesalahan tiada buku log atau kemas kini buku log pemandu manakala satu kes tiada pemandu pelancong," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu secara keseluruhan 273 notis saman dikeluarkan dalam operasi selama hampir 10 jam itu atas pelbagai kesalahan dan kesalahan teknikal.
JPJ memaklumkan tujuan penguatkuasaan itu bagi memantau, mengesan dan mengambil tindakan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan ( APJ ) 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat ( APAD 2010 ).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#saman
#pulau pinang
#tiada pemandu kedua
#operasi khas
#keselamatan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan