awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pemansuhan kenaikan caj parkir - DBKL

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
20/07/2016
14:24 MYT
Tiada pemansuhan kenaikan caj parkir - DBKL
Tiada pemansuhan kenaikan caj parkir kereta di beberapa kawasan, terutamanya kawasan kediaman sekitar Kuala Lumpur seperti dilaporkan. -aqiladablog.blogspot.com
Tiada pemansuhan kenaikan caj parkir kereta di beberapa kawasan, terutamanya kawasan kediaman sekitar Kuala Lumpur seperti dilaporkan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya akan menilai semula kadar kenaikan caj parkir kereta.
"Kenaikan tetap akan ada. Namun, kami sedang buat penelitian untuk cadangan kadar yang lebih rendah," kata beliau ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurutnya, DBKL akan mengambil kira caj parkir bagi tempat letak kenderaan di luar kawasan bandar akan lebih rendah berbanding di kawasan bandar.
Sebelum ini, The Star Online melaporkan DBKL mengumumkan pemansuhan caj parkir susulan mesyuarat DBKL bersama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Keputusan DBKL untuk menaikkan kadar parkir di sekitar Kuala Lumpur bermula Isnin telah mencetuskan rungutan pengguna di mana ramai menganggap masanya belum tiba.
Ini kerana sistem pengangkutan awam di Lembah Klang belum dapat diintegrasikan sepenuhnya ekoran sistem Aliran Transit Massa (MRT) yang masih dalam pembinaan dan hanya akan memulakan operasi hujung tahun ini.
Topic Berkaitan
#Mhd Amin Nordin Abdul Aziz
#pemansuhan kenaikan caj parkir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan