awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pengumuman rasmi kebenaran menunaikan umrah - Zulkifli

Bernama
Bernama
18/09/2020
11:11 MYT
Tiada pengumuman rasmi kebenaran menunaikan umrah - Zulkifli
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perkara itu disentuh beliau dalam pertemuannya dengan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussein Saeed Qattan, empat hari lepas. - BERNAMA
Tiada sebarang pengumuman rasmi dari Kerajaan Arab Saudi berhubung kebenaran menunaikan umrah setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau berkata perkara itu disentuh beliau dalam pertemuannya dengan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussein Saeed Qattan, empat hari lepas.
"Saya bertemu dengan Duta Arab Saudi lebih kurang empat hari lepas, saya ada utarakan.. rasa-rasa bila (agaknya) visa umrah secara rasmi dibuka, dan beliau nyatakan setakat ini tidak ada pengumuman rasmi mengenainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa 'Sehati Sejiwa' 2020 di sini, hari ini.
Mengenai program berkenaan, Zulkifli berkata ia merupakan projek perintis sebagai sebahagian daripada insiatif bagi mengurangkan kadar penceraian dalam negara.
Kursus yang dihadiri 15 pasangan suami isteri itu diadakan khusus bagi memantapkan ilmu dan pengetahuan peserta ke arah mengukuhkan keharmonian rumah tangga bagi mendepani pelbagai cabaran kehidupan termasuk ujian pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#Duta Besar Arab Saudi
#Mahmoud Hussein Saeed Qattan
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#Sehati Sejiwa
#umrah
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan