awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kilang perabot musnah terbakar di Bukit Rambai
DUNIA
Trump tandatangan perintah eksekutif tamatkan sekatan ke atas Syria
MALAYSIA
Kenapa tekanan global paksa syarikat nilai semula pengambilan pekerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Tiada penularan wabak beguk di Perak - Lee

Bernama
Bernama
02/09/2018
11:52 MYT
Tiada penularan wabak beguk di Perak - Lee
Penyakit beguk disebabkan oleh jangkitan virus Paramyxovirus. - Gambar hiasan/Wikipedia
Tiada kes baharu wabak beguk dilaporkan di sekolah seluruh negeri Perak sehingga kini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata penularan wabak beguk dapat ditangani dan kebiasaanya pesakit beguk akan pulih dalam tempoh kurang dua minggu.
"Mereka (pelajar dan ibu bapa) tidak perlu bimbang kerana pelajar hanya perlu berehat untuk pulih sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa ribut di sini hari ini.
Rabu lalu, 21 pelajar lelaki Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, di Ipoh dijangkiti wabak berkenaan, namun semua kes dilaporkan stabil dan hanya menerima rawatan pesakit luar.
Penyakit beguk disebabkan oleh jangkitan virus Paramyxovirus yang akan menyebabkan pesakit mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan sakit serta bengkak kelenjar air liur.
Lee berkata pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa pelajar bagaimanapun perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan wabak tersebut tidak merebak.
Sementara itu, mengulas mengenai lawatannya Lee yang juga anggota Parlimen Gopeng berkata 39 buah rumah di tiga kawasan perumahan terjejas dalam kejadian ribut yang berlaku lewat petang semalam.
Beliau berkata pihaknya telah menghulurkan bantuan segera kepada mangsa bagi meringankan beban mereka yang kebanyakannya golongan berpendapatan rendah.
Jumlah kerugian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beguk
#Lee Boon Chye
#penularan
#Perak
#pesakit
#rawatan kesihatan
#Timbalan Menteri Kesihatan
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami