awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada perbincangan dengan Rusia bagi penerbangan terus, eksport semikonduktor - Saiffuddin

Bernama
Bernama
07/05/2022
08:56 MYT
Tiada perbincangan dengan Rusia bagi penerbangan terus, eksport semikonduktor -  Saiffuddin
Saifuddin berkata sebagai sebuah negara yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa, Malaysia terbuka kepada mana-mana syarikat penerbangan untuk beroperasi di negara ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan pihak Rusia berkaitan penerbangan terus antara kedua-dua negara oleh syarikat penerbangan Rusia, Aeroflot selain eksport semikonduktor dan elektronik ke negara itu.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata sebagai sebuah negara yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa, Malaysia terbuka kepada mana-mana syarikat penerbangan untuk beroperasi di negara ini.
Pada masa sama eksport semikonduktor dan elektronik juga tidak melibatkan sebarang perbincangan atau hubungan antara kerajaan kedua-dua negara dan sebaliknya ia lebih kepada hubungan sektor perniagaan.
"Saya nak jelaskan ini kerana bimbang nanti ada mana-mana pihak yang salah faham dan kepentingan Malaysia mungkin terjejas," katanya kepada media dalam satu temu bual di pejabatnya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menyangkal laporan Agensi Berita Sputnik pada penghujung April yang memetik Duta Malaysia ke Rusia Datuk Bala Chandran Tharman sebagai berkata Aeroflot akan mengadakan penerbangan terus antara St.Petersburg atau Moscow dan Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Dalam laporan itu, Bala Chandran juga dipetik berkata Malaysia akan mempertimbang peluang untuk menjual semikonduktor dan elektronik kepada Rusia selain institusi kewangan Malaysia sedang mengkaji sistem pemesejan kewangan Rusia dengan terperinci dan bersedia menyertainya jika memenuhi beberapa kriteria.
Saifuddin berkata pihaknya juga telah meneliti laporan berita itu dan mendapatkan maklum balas daripada Bala Chandran dan didapati ada perkara-perkara yang disebut dalam temu bual itu telah dipetik di luar konteks.
Berikutan laporan Sputnik itu, beberapa media asing melaporkan yang tindakan Malaysia itu membelakangkan sekatan ekonomi antarabangsa terhadap Rusia kerana konfliknya dengan Ukraine.
Sekatan yang dikenakan oleh negara-negara Barat khasnya turut melarang eksport semikonduktor ke Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#semikonduktor
#Saifuddin Abdullah
#Rusia
#Aeroflot
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan