awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
9 maut, lebih 200 dirawat akibat air tercemar di India
Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada perbincangan mengenai kumpulan sokong Ismail Sabri dalam Pemilihan UMNO

Bernama
Bernama
03/07/2022
15:20 MYT
Tiada perbincangan mengenai kumpulan sokong Ismail Sabri dalam Pemilihan UMNO
Annuar mengulas mengenai poster senarai kepimpinan baharu UMNO yang tersebar di media sosial yang dinamakan "Saf Kepimpinan UMNO Selepas Pemilihan". - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian UMNO Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata tiada perbincangan mengenai barisan kepimpinan tertentu dalam parti yang menyokong Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertanding jawatan presiden parti itu.
"Kami tidak pernah membincangkan perkara ini, saya tahu ada orang yang menyebarkan barisan kepimpinan itu. Saya rasa kami mempunyai banyak masa untuk memikirkan semua perkara itu tetapi kami tidak pernah duduk bersama dan membincangkan mengenai kedudukan barisan pemimpin dan pertandingan.
"... kami mempunyai masa yang amat terhad dan banyak tugas yang perlu dilaksanakan, " katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai satu poster senarai kepimpinan baharu UMNO tersebar di media sosial yang dinamakan "Saf Kepimpinan UMNO Selepas Pemilihan".
Poster itu antara lain memaparkan Ismail Sabri sebagai presiden dan Annuar sebagai timbalan presiden manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Khairy Jamaluddin sebagai naib presiden.
Annuar berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Anugerah Penghargaan Industri Ekonomi Digital Malaysia Sempena Sambutan Jubli Perak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), di sini hari ini.
Ketika ditanya mengenai pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri seperti yang diutarakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Annuar berpandangan permintaan pelantikan itu tidak salah.
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata ia terpulang kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan.
"Saya rasa tak salah untuk meminta...tapi asasnya adalah pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri adalah prerogatif Perdana Menteri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemilihan UMNO
#Annuar Musa
#ismail sabri yaakob
#saf kempimpinan umno
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan