awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada permohonan, kelulusan persembahan 'Apology Tour' oleh Jocelyn Chia, Chrissie Mayr

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/06/2023
08:55 MYT
Tiada permohonan, kelulusan persembahan 'Apology Tour' oleh Jocelyn Chia, Chrissie Mayr
Tular poster di laman sosial mendakwa persembahan Apology Tour di Live House Kuala Lumpur akan berlangsung pada 26 Ogos depan. - Foto/media sosial
KUALA LUMPUR: Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) tidak menerima dan meluluskan sebarang permohonan persembahan Apology Tour oleh pelawak kontroversi, Jocelyn Chia dan rakannya, Chrissie Mayr.
Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) itu dalam satu kenyataan berkata, ia susulan persembahan tersebut didakwa akan berlangsung pada 26 Ogos depan di ibu negara.
"Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa mana-mana kemasukan bagi artis luar negara atau penggambaran filem asing di Malaysia, permohonan perlu dikemukakan kepada PUSPAL bagi tujuan penilaian sebelum dipertimbangkan untuk kelulusan.
"Sebarang hebahan dan promosi serta jualan tiket tidak boleh dilakukan sebelum memperoleh kebenaran penganjuran program daripada pihak berkuasa termasuklah surat kelulusan daripada PUSPAL," katanya dalam kenyataan tersebut hari ini.
PUSPAL menambah maklumat lanjut berkaitan garis panduan persembahan artis luar negara boleh melayari laman web www.kkd.gov.my atau menghubungi PUSPAL di talian 03-89115355/5384 atau e-mel [email protected].
Terdahulu, tular di laman sosial hantaran pemilik akaun Instagram @chrissiemarypod mengenai promosi persembahan Apology Tour di Live House Kuala Lumpur - Jocelyn Chia dan Chrissie Mayr.
Begitupun, setakat ini tidak diketahui sama ada poster persembahan tersebut hanya sekadar 'parodi' yang bersifat provokatif atau sebaliknya.
Baru-baru ini, Jocelyn mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia selepas menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenakanya dalam satu persembahan di Amerika Syarikat.
Kemudian, Chrissie pula mengeruhkan keadaan apabila menyokong Jocelyn dan menghina netizen Malaysia di media sosial.
Topic Berkaitan
#Jocelyn Chia
#Apology Tour di Live House Kuala Lumpur
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan