MALAYSIA
Tiada pertindihan kuasa SPRM dengan penubuhan Ombudsman - Ketua Pesuruhjaya
Azam ketika ditemui pada Program SPRM- Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) Inspira 2025 di UiTM Kampus Puncak Alam hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku pertindihan kuasa dalam menyelesaikan isu integriti dan tadbir urus dengan penubuhan Ombudsman Malaysia.
Ringkasan AI
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata bidang tugas utama agensi itu adalah dalam kerja-kerja penyiasatan dan operasi, selain melaksanakan program pendidikan serta advokasi kepada masyarakat berkaitan integriti dan tatakelola.
Beliau berkata SPRM juga akan terlibat dalam kerja-kerja pencegahan serta menasihati jabatan-jabatan kerajaan yang menghadapi isu berkaitan rasuah dan tatakelola bagi sebarang penambahbaikan.
"Ombudsman Malaysia ini, selain SPRM, turut melibatkan jabatan dan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan perincian mengenai bidang tugas akan dimaklumkan kemudian.
"Kerajaan telah menyatakan bahawa tidak akan berlaku pertindihan kuasa, dan saya memberi jaminan perkara yang sama tidak akan berlaku dalam kerja-kerja yang akan dilaksanakan oleh SPRM kelak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Integriti Teras Kepimpinan, Amanah Asas Kejayaan" pada majlis SPRM-UiTM Inspirasi 2025: Hari Integriti dan Kepimpinan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, di sini hari ini.
Hadir sama Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin.
Azam berkata SPRM akan memberi kerjasama penuh dalam penyediaan Rang Undang-Undang Ombudsman Malaysia yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada pertengahan tahun hadapan.
Pada Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan berkata kerajaan akan menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai agensi pusat untuk mengurus dan menyelesaikan aduan awam dengan mandat lebih menyeluruh merangkumi isu salah tadbir, salah laku, perlindungan pemberi maklumat, dan kebebasan maklumat.
Menurut Anwar, persetujuan penting itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikannya, sekali gus menzahirkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh hak rakyat serta memelihara integriti sektor awam.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- SPRM memberi jaminan tiada pertindihan kuasa dengan penubuhan Ombudsman Malaysia bagi menangani isu integriti dan tadbir urus.
- Ketua Pesuruhjaya SPRM menegaskan tugas utama agensi adalah penyiasatan, operasi, program pendidikan integriti, dan nasihat kepada jabatan kerajaan.
- SPRM akan bekerjasama dalam penyediaan Rang Undang-Undang Ombudsman Malaysia yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada pertengahan tahun hadapan.