Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata hasil siasatan awal pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini mendapati tiada pesakit yang diarahkan untuk membeli ubat sendiri seperti yang ditularkan.
"Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin merujuk kepada kenyataan yang ditularkan dalam Facebook bertarikh 3 Jun 2018 yang menyatakan sebahagian pesakit terpaksa membeli ubat sendiri apabila didapati tiada ubat di hospital atas dakwaan hospital kekeringan dana dan tiada wang.
"Bekalan ubat adalah mencukupi dan pesakit diberi ubat mengikut pada ubat-ubatan yang tersenarai di dalam Buku Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook JKNJ hari ini.
Dr Selahuddeen berkata pihak HSI telah menghubungi pemilik akaun Facebook terlibat untuk mendapatkan penjelasan dan dimaklumkan beliau hanya mendengar cerita daripada satu pihak dan tidak mengesahkan perkara tersebut dengan HSI.
Beliau berkata JKNJ ingin memberikan kepastian kepada masyarakat bahawa bekalan ubat sentiasa mencukupi dan akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Katanya masyarakat juga diingatkan mendapatkan kepastian daripada pihak JKNJ sebelum menularkan sebarang maklumat berkenaan perkhidmatan kesihatan bagi mengelakkan perasaan gusar dan panik dalam kalangan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 05 2018
Pihak HSI telah menghubungi pemilik akaun Facebook terlibat untuk mendapatkan penjelasan. - Gambar fail
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Tiada pesakit diarah beli ubat sendiri di HSI - Pengarah Kesihatan
Pihak HSI telah menghubungi pemilik akaun Facebook terlibat untuk mendapatkan penjelasan dan dimaklumkan beliau hanya mendengar cerita daripada satu pihak.