MALAYSIA
Tiada pesawat MAS digantung operasi akibat kerosakan - MOT
Pesawat yang tidak beroperasi ketika ini hanyalah dalam proses penyelenggaraan berkala mengikut piawaian keselamatan dan standard industri penerbangan. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAS) digantung operasi akibat masalah teknikal, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Sebaliknya, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah menjelaskan, pesawat yang tidak beroperasi ketika ini hanyalah dalam proses penyelenggaraan berkala mengikut piawaian keselamatan dan standard industri penerbangan.
Beliau berkata, semua kos pembaikan dan penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya oleh Malaysia Aviation Group (MAG) sebagai sebahagian daripada kos operasi syarikat, dan tiada perbelanjaan ditanggung kerajaan.
“MAG adalah entiti komersial. Segala keputusan berkaitan operasi termasuk penyelenggaraan dan pembaikan pesawat dibuat berdasarkan keperluan operasi syarikat,” katanya sewaktu sesi Dewan Rakyat, pada Khamis.
Terdahulu Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari mahu mengetahui jumlah pesawat MAS yang tidak beroperasi akibat kerosakan serta kos yang ditanggung Kementerian.
Selain itu beliau bertanya jika negara mempunyai jurutera pesawat tempatan yang cukup bagi menjamin proses pembaikan dan penyelenggaraan dilaksanakan dengan cekap untuk kelangsungan operasi penerbangan negara.
Menjawab persoalan mengenai kecukupan tenaga kerja, Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang memaklumkan Malaysia mempunyai 4,113 jurutera pesawat berkelayakan dan diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Beliau berkata, kerajaan komited memastikan sektor penerbangan dan Maintenance, Repair & Overhaul (MRO) negara dibekalkan tenaga jurutera mencukupi dari segi bilangan, kemahiran dan kepakaran.
Mengulas kebimbangan mengenai kelewatan penerbangan atau ‘retime’, Hasbi berkata, menjelaskan ia kebanyakannya berpunca daripada faktor cuaca dan isu teknikal kecil seperti kerosakan tayar.
“Aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan. Semua syarikat penerbangan berada dalam kawalan yang baik,” kata kementerian.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Tiada pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAS) digantung operasi akibat masalah teknikal; pesawat sedang menjalani penyelenggaraan berkala bagi keselamatan dan standard industri penerbangan.
- Malaysia Aviation Group (MAG) menanggung kos pembaikan pesawat sepenuhnya sebagai sebahagian daripada operasi syarikat, tanpa perbelanjaan dari kerajaan.
- Malaysia mempunyai 4,113 jurutera pesawat yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk memastikan kelancaran operasi penerbangan dan Maintenance, Repair & Overhaul (MRO) negara.
Sebaliknya, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah menjelaskan, pesawat yang tidak beroperasi ketika ini hanyalah dalam proses penyelenggaraan berkala mengikut piawaian keselamatan dan standard industri penerbangan.
Beliau berkata, semua kos pembaikan dan penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya oleh Malaysia Aviation Group (MAG) sebagai sebahagian daripada kos operasi syarikat, dan tiada perbelanjaan ditanggung kerajaan.
“MAG adalah entiti komersial. Segala keputusan berkaitan operasi termasuk penyelenggaraan dan pembaikan pesawat dibuat berdasarkan keperluan operasi syarikat,” katanya sewaktu sesi Dewan Rakyat, pada Khamis.
Terdahulu Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari mahu mengetahui jumlah pesawat MAS yang tidak beroperasi akibat kerosakan serta kos yang ditanggung Kementerian.
Selain itu beliau bertanya jika negara mempunyai jurutera pesawat tempatan yang cukup bagi menjamin proses pembaikan dan penyelenggaraan dilaksanakan dengan cekap untuk kelangsungan operasi penerbangan negara.
Menjawab persoalan mengenai kecukupan tenaga kerja, Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang memaklumkan Malaysia mempunyai 4,113 jurutera pesawat berkelayakan dan diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Beliau berkata, kerajaan komited memastikan sektor penerbangan dan Maintenance, Repair & Overhaul (MRO) negara dibekalkan tenaga jurutera mencukupi dari segi bilangan, kemahiran dan kepakaran.
Mengulas kebimbangan mengenai kelewatan penerbangan atau ‘retime’, Hasbi berkata, menjelaskan ia kebanyakannya berpunca daripada faktor cuaca dan isu teknikal kecil seperti kerosakan tayar.
“Aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan. Semua syarikat penerbangan berada dalam kawalan yang baik,” kata kementerian.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah sebab utama pesawat Malaysia Airlines Berhad tidak beroperasi pada masa ini?
A: Pesawat MAS tidak beroperasi kerana sedang menjalani proses penyelenggaraan berkala mengikut piawaian keselamatan dan standard industri penerbangan. - Q: Siapakah yang bertanggungjawab menanggung kos pembaikan dan penyelenggaraan pesawat MAS yang tidak beroperasi?
A: Malaysia Aviation Group (MAG) bertanggungjawab menanggung sepenuhnya kos pembaikan dan penyelenggaraan pesawat MAS yang tidak beroperasi sebagai sebahagian daripada kos operasi syarikat. - Q: Berapakah jumlah jurutera pesawat berkelayakan yang dimiliki oleh Malaysia untuk menjamin proses pembaikan dan penyelenggaraan pesawat dilaksanakan dengan cekap?
A: Malaysia mempunyai 4,113 jurutera pesawat berkelayakan yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk memastikan proses pembaikan dan penyelenggaraan pesawat dilakukan dengan cekap.