awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada petunjuk baharu, usaha mencari Jashiah Rabu temu jalan buntu

Bernama
Bernama
18/12/2015
05:02 MYT
Tiada petunjuk baharu, usaha mencari Jashiah Rabu temu jalan buntu
Kehilangan Jashiah Rabu (gambar) memasuki hari ke-56 hari ini, namun masih tiada petunjuk baharu berkenaan lokasi beliau berada. -Gambar fail
Kehilangan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, 53, memasuki hari ke-56 hari ini namun masih tiada petunjuk baharu berkenaan lokasi beliau berada.
Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu ASP Mohd Razip Md Tahir berkata polis telah melakukan pelbagai usaha tetapi Jashiah masih gagal dikesan malah anggota keluarganya turut menemui jalan buntu.
"Kita masih menyiasat kes ini dan risikan juga dijalankan bagi mengesan mangsa walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan pada 10 Nov lepas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan Jashiah supaya tampil memberi maklumat di balai polis berdekatan.
Ibu kepada empat anak itu kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling pada 23 Okt lepas dan difahamkan menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer.
Topic Berkaitan
#Guru Besar
#hutan simpan bukit kutu
#Jashiah Rabu
#Mohd Razip Md Tahir
#Taman Keramat Satu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan