awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada PKPD diisytihar di Batu 11, Kuantan - MKN

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
09/04/2020
04:23 MYT
Tiada PKPD diisytihar di Batu 11, Kuantan - MKN
Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur menafikan dakwaan terdapat satu kematian akibat COVID-19 di Sentul Boulevard. - Gambar Instagram @kkmm_gov
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah diisytiharkan di kawasan Batu 11, Kuantan, Pahang.
Penafian itu dikeluarkan menerusi kenyataan Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Selangor, dalam kenyataan sama, turut menafikan dakwaan bahawa video yang memaparkan warga asing menunaikan solat berjemaah di Padang Bola MBSA, Kampung Baru Sungai Buloh berlaku sewaktu tempoh PKP.
Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur turut menafikan dakwaan terdapat satu kematian akibat COVID-19 di Sentul Boulevard.
Sebaliknya, menurut laporan, kes kematian di situ diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut.
Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menafikan pernah mengeluarkan kebenaran kepada mana-mana syarikat menjual kit ujian pantas COVID-19.
“Orang ramai diingatkan agar berwaspada terhadap jualan kit tersebut di laman sosial dengan mendapatkan maklumat lanjut daripada KKM,” katanya. .
.
Topic Berkaitan
#berita palsu
#coronavirus
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#KKMM
#koronavirus
#Kuantan
#Majlis Keselamtan Negara
#Pasukan Respon Pantas
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PKPD
#Semak Fakta
#SemakFakta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan