awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada polis, tiada FRU, tiada jentera pancutan air di perhimpunan haram

Bernama
Bernama
08/05/2013
23:42 MYT
Tiada polis, tiada FRU, tiada jentera pancutan air di perhimpunan haram
Tiada polis beruniform, tiada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan tiada jentera pancutan air kelihatan semasa pembangkang mengadakan perhimpunan haram di Stadium Kelana Jaya di sini Selasa.
Perhimpunan itu, yang dihadiri ribuan orang, menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk sekitar kawasan berkenaan sejak petang sehingga lewat tengah malam.
Perhimpunan haram itu dihadiri sebilangan pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
Bagaimanapun, dipercayai ini kali pertama perhimpunan haram anjuran pembangkang itu tidak menyaksikan kehadiran pasukan polis beruniform, termasuk unit trafik.
Polis mengklasifikasi perhimpunan berkenaan sebagai haram berikutan kegagalan penganjur memberi notis 10 hari sebelum itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menganjurkan perhimpunan tanpa notis.
"Kita juga sedang mengkaji ucapan (pemimpin) tadi yang mempunyai kecenderungan menghasut mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan," katanya kepada Bernama menerusi khidmat sistem pesanan ringkas.
Topic Berkaitan
#Anwar
#Lim Kit Siang
#perhimpunan haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan