awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada 'pusingan U', gaji minimum tetap dilaksanakan 1 Mei - PM

Astro Awani
Astro Awani
24/04/2022
08:11 MYT
Tiada 'pusingan U', gaji minimum tetap dilaksanakan 1 Mei - PM
Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada majlis penyampaian pampasan gaji bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd di Pejabat UMNO Bahagian Kemaman hari ini. - Foto BERNAMA
CHUKAI: Kerajaan tidak akan membuat ‘pusingan U’ atau menarik balik pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 walaupun terdapat pelbagai cadangan dan rayuan.

Justeru Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kadar gaji baharu berkenaan akan tetap dilaksanakan pada 1 Mei ini.

Katanya perincian lengkap mengenainya akan diumumkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan tidak lama lagi.

“Walaupun terdapat pelbagai cadangan, rayuan dan sebagainya saya ingin memberi jaminan hari ini kepada pekerja bahawa penetapan gaji minima untuk dilaksanakan kepada 1 Mei akan diteruskan.
“Kita tidak akan menarik balik dan sebagainya tidak akan ada ‘U turn’ dan sebagainya akan diteruskan cuma perinciannya akan diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Pampasan Bekas Pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd di Dewan Pejabat UMNO Bahagian Kemaman di sini pada Ahad.

Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan 1 Mei adalah hari pelaksanaan gaji minimum sebagai penghargaan kepada golongan pekerja.

Sementara itu Ismail Sabri berkata kerajaan akan meminda peruntukan bagi membolehkan guru gred DG 48 ke atas yang tidak terlibat dalam pentadbiran dibenarkan aktif dalam kesatuan. 
 Katanya pihaknya telah berhubung dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali supaya perkara itu dipinda semula.
Topic Berkaitan
#gaji minimum
#pusingan u
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
#Saravanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan