MALAYSIA
Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir di Asia Selatan

Orang ramai mengharung air di sebatang jalan di Mumbai, India, 29 Ogos, 2017. REUTERS
Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilapor menjadi mangsa banjir yang sedang melanda Bangladesh, India dan Nepal di Asia Selatan.
Dalam kenyataan di sini hari ini, Kementerian Luar berkata pihaknya akan terus memantau keadaan bencana alam itu melalui Perwakilan Malaysia di Dhaka, New Delhi dan Kathmandu.
"Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah dan menyampaikan simpati mendalamnya kepada kerajaan dan rakyat Bangladesh, India dan Nepal, terutama keluarga yang terjejas oleh banjir teruk yang berpunca daripada hujan musim tengkujuh baru-baru ini," katanya.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,200 orang dilaporkan maut dan berjuta-juta hilang tempat tinggal akibat banjir buruk yang melanda tiga negara itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami