awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden kereta api dihempap kren di Thailand

Bernama
Bernama
14/01/2026
14:25 MYT
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden kereta api dihempap kren di Thailand
Selain puluhan maut, insiden di wilayah Nakhon Ratchasima itu turut mencederakan sekurang-kurangnya 64 orang manakala tiga lagi dilaporkan hilang. - Reuters
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand pada Rabu apabila sebuah kren pembinaan tumbang dan menghempap sebuah kereta api penumpang yang sedang bergerak, mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang.
Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata kejadian berlaku pada 9.45 pagi waktu tempatan di daerah Sikhio, wilayah Nakhon Ratchasima, kira-kira 230km timur laut Bangkok, yang turut mencederakan sekurang-kurangnya 64 orang manakala tiga lagi dilaporkan hilang.
Beliau berkata kereta api itu dalam perjalanan dari Bangkok menuju ke wilayah Ubon Ratchathani.
"Semua yang cedera telah dikenal pasti sebagai warga Thailand, sementara identiti mereka yang terkorban masih belum disahkan sepenuhnya. Setakat ini, tiada warga asing direkodkan.
"Berdasarkan maklumat setakat 5.20 petang waktu tempatan, tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Laporan media menyebut kereta api itu membawa kira-kira 195 penumpang dan kakitangan.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Phiphat Ratchakitprakarn mengarahkan siasatan menyeluruh terhadap kejadian tersebut.
Kerja-kerja pembinaan itu adalah sebahagian daripada segmen Bangkok-Nakhon Ratchasima bagi projek kereta api laju transnasional yang menghubungkan Bangkok dengan Kunming di barat daya China.
Italian-Thai Development Public Company Limited, kontraktor yang bertanggungjawab bagi pembinaan segmen itu, berkata ia akan menyediakan pampasan dan rawatan perubatan kepada semua yang terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#kren hempap kereta api
#Thailand
#Nakhon Ratchasima
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan