Tiada 'rider' digunakan sewaktu di luar urusan rasmi - Rafizi

Astro Awani
Disember 12, 2022 08:00 MYT
Ketika menjawab soalan seorang pengguna di Twitter, Rafizi berkata, buat masa kini beliau hanya mempunyai seorang pengiring, dan itu pun hanya untuk kegunaan rasmi sebagai menteri semata-mata. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli masih berpegang kepada prinsip tidak perlu perkhidmatan polis pengiring atau ‘rider’ untuk ahli Jemaah Kabinet, melainkan ia adalah untuk urusan rasmi.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, perkhidmatan rider sepenuh masa sepatutnya hanya untuk kegunaan Perdana Menteri.
Ketika menjawab soalan seorang pengguna di Twitter, Rafizi berkata, buat masa kini beliau hanya mempunyai seorang pengiring, dan itu pun hanya untuk kegunaan rasmi sebagai menteri semata-mata.
“Pengiring hanya seorang dan hanya untuk urusan rasmi sebagai menteri. Di luar tugasan rasmi (masih) sama macam dulu - saya pergi seorang,” tambahnya.

Saya tak pakai rider. Pengiring hanya seorang dan hanya untuk urusan rasmi sebagai menteri. Diluar tugasan rasmj sama macam dulu - saya pergi sorang. Insya Allah takkan ada program kementerian yg diguna utk berkempen dpt undi. Prestasi sbg menteri yg tentukan dpt undi ke tak https://t.co/RHrT6iypjd

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) December 11, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, Rafizi berkata, beliau juga memberi jaminan program-program kementerian di bawah beliau tidak akan digunakan sebagai kaedah untuk berkempen bagi mendapatkan undi (sewaktu pilihan raya).
“Prestasi sebagai menteri yang tentukan dapat undi ke tak,” katanya lagi.
Rafizi sebelum ini turut menarik perhatian apabila beliau enggan melayan sebarang provokasi atau kritikan berunsurkan politik sewaktu dalam tempoh bekerja.
Tegasnya lagi, beliau menerima mandat untuk melaksanakan tugas, dan tidak akan menyalahgunakan kedudukannya sebagai Menteri untuk tujuan berpolitik.
#Rafizi Ramli #polis pengiring #ahli parlimen Pandan #Kabinet Kerajaan Perpaduan