MALAYSIA
Tiada rombakan kabinet, menteri terlibat diberi masa muhasabah - PM Anwar
Anwar (tengah) berkata Kerajaan mampu berjalan seperti biasa meskipun terdapat peletakan jawatan dua Menteri baru-baru ini. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan mendesak untuk merombak Kabinet dalam masa terdekat ini.
Ringkasan AI
Ia susulan peletakan jawatan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli, serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad pada 28 Mei lalu.
“Kita akan bagi mereka masa untuk bermuhasabah diri dulu tentang keputusan diambil, sekarang mereka sedang bercuti yang saya sudah luluskan.
“Setakat sekarang Kerajaan mampu berjalan seperti biasa, tiada kepincangan. Ketika mesyuarat Kabinet nanti, saya akan minta menteri terlibat untuk ambil alih sementara.
“Ketua Pengarah akan terus menyelia pelaksanaan dasar kementerian masing-masing dalam masa ini,” ujar Anwar ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutup PBAKL 2025, di sini, pada Ahad.
Tegas Anwar, Kerajaan harus kekal stabil lebih-lebih lagi ketika rundingan serius sedang dilangsungkan antara ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), China dan Amerika Syarikat mengenai tarif Presiden AS, Donald Trump.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan mendesak untuk rombakan Kabinet walaupun dua menteri meletak jawatan pada 28 Mei lalu.
- Buat masa ini, menteri lain akan mengambil alih tugas sementara dan Ketua Pengarah kementerian akan terus menyelia pelaksanaan dasar.
- Anwar menekankan keutamaan mengekalkan kestabilan kerajaan, terutama ketika rundingan penting sedang berlangsung antara ASEAN, GCC, China dan Amerika Syarikat berkaitan tarif perdagangan.