MALAYSIA
Tiada rundingan bersama ejen pelaburan berhubung penerimaan wang RM2.8 juta - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini bagi prosiding perbicaraan membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Bung Moktar Radin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa tiada perundingan antara beliau dan dua ejen pelaburan Public Mutual Berhad berhubung penerimaan wang RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra Berhad dalam unit amanah itu.
Ringkasan AI
Ahli Parlimen Kinabatangan berusia 65 tahun itu, yang merupakan saksi pembelaan pertama, berkata demikian ketika disoal peguamnya, M. Athimulan pada perbicaraan kes rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan beliau dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad.
Athimulan: Pihak pendakwaan memberi cadangan bahawa sebenarnya Datuk Seri yang menerima RM2.8 juta melalui Datin Seri Zizie Izette dan jawapan Datuk Seri berkata tidak betul, dan ini sebenarnya tuduhan Datuk Seri hadapi.
Bung Moktar: Soalan ini Yang Arif, memang tidak benar sebab semua fakta saya nyatakan beberapa hari ini jelas tiada unsur-unsur perbincangan, perundingan apatah lagi untuk menerima habuan daripada Norhaili (Ahmad Mokhtar) atau Madhi (Abdul Hamid).
Menurut Bung Moktar, beliau tidak tahu urusan antara Zizie Izette dan Public Mutual, serta berpendirian bahawa itu semua adalah tuduhan yang tidak berasas dan tidak berfakta.
Disoal Athimulan berhubung cadangan pendakwaan mengenai Norhaili meminta supaya wang pengenalan RM3 juta dikurangkan kepada RM2.8 juta, Bung Moktar menafikan perkara tersebut.
Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu juga berkata ia adalah tanggapan kurang sihat pihak pendakwaan terhadap beliau kerana tiada perbincangan, pertemuan dan permintaan antaranya dengan ejen-ejen unit amanah terbabit berhubung komisen.
Pada Rabu lepas, Bung Moktar turut menafikan bahawa seorang ejen pelaburan Public Mutual Berhad telah meminta supaya wang pengenalan RM3 juta dikurangkan kepada RM2.8 juta.
Kepada soalan Athimulan berhubung cadangan pendakwaan mengenai wang pengenalan yang dikurangkan kepada RM2.8 juta dan beliau telah mengarahkan wang berkenaan diuruskan isterinya Zizie Izette, Bung Moktar turut menafikan dakwaan itu.
"Semua ini tidak betul, saya menyatakan yang benar sahaja di mahkamah ini... kedua-dua saksi juga ditanya oleh pihak pendakwaan bertubi-tubi tetapi mereka menyatakan tidak ada apa-apa pemberian atau perbincangan atau pun arahan daripada saya pada bila-bila masa untuk meminta Zizie Izette menerima wang dan sebagainya, semua ini rekaan semata-mata daripada pendakwaan," katanya.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Beliau didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette, 46, di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari hingga 5 petang pada 12 Jun 2015.
Selain itu, beliau didakwa menerima suapan RM337,500 daripada Norhaili melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund yang didaftarkan atas nama isterinya bagi tujuan sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Zizie Izette pula berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda sama, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Rosli Ahmad bersambung 27 Nov ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bung Moktar nafikan terima RM2.8 juta atau terlibat dalam sebarang perundingan dengan ejen Public Mutual berhubung pelaburan Felcra dalam unit amanah.
- Pendakwaan dakwa wang pengenalan dikurangkan daripada RM3 juta kepada RM2.8 juta dan diuruskan melalui isterinya, Zizie Izette, namun Bung Moktar menegaskan tuduhan itu tidak berasas.
- Kes rasuah RM2.8 juta ini melibatkan pelaburan RM150 juta Felcra; Bung Moktar berdepan dua pertuduhan menerima rasuah, manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat; perbicaraan bersambung 27 Nov.