Tidak ada sebab untuk menghalang cadangan pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) di Kedah apabila pembiayaannya akan ditanggung oleh pihak swasta menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata kerajaan mahupun Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak perlu mengeluarkan apa-apa perbelanjaan kerana projek berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta.
"Kerajaan tak perlu keluarkan wang. Itu yang kita dapat jimat. Itulah pendekatan kerajaan selama ini. Sekiranya pihak swasta keluarkan wang dan kerajaan tak keluarkan wang jadi kenapa kita harus menghalangnya sekiranya wang ini datang daripada pihak swasta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lee Khai Loon (PH-Machang Bubok) yang mencelah ketika Lim membahaskan ucapan terima kasih Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini pada Isnin.
Lee ingin tahu sama ada pembinaan KXP akan memberi impak negatif kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) khususnya dan negeri Pulau Pinang amnya.
Terdahulu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata dua laporan hasil kajian kebolehlaksanaan cadangan pembinaan lapangan terbang tersebut yang dilaksanakan oleh perunding mendapati projek berkenaan akan memberi impak negatif kepada negeri itu.
Lim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata pembesaran LTAPP dan pembinaan KXP kelak akan melonjakkan industri pelancongan ke tahap yang lebih tinggi.
Sementara itu, mengulas mengenai projek pembesaran dan menaik taraf LTAPP, beliau berkata pihaknya bercadang untuk memperbesarkan lapangan terbang itu sehingga mampu menampung kapasiti 16 juta penumpang berbanding 12 juta penumpang yang dirancang sebelum ini.
"Sekarang penumpang di Pulau Pinang ialah lapan juta orang. Kalau bina untuk kapasiti 12 juta penumpang nanti di masa depan sukar untuk dapat peruntukan, jadi lebih baik kita teruskan dengan kapasiti 16 juta penumpang.
"Kalau kita mahu (kapasiti) 16 juta penumpang, saya rasa kita kena lihat jangka masa yang lebih panjang, satu perancangan yang lebih mendalam kerana akan melibatkan penggunaan tanah yang luas yang berkemungkinan akan meningkatkan jumlah perbelanjaan," katanya.
Persidangan DUN bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2019
Lim berkata pembesaran LTAPP dan pembinaan KXP kelak akan melonjakkan industri pelancongan ke tahap yang lebih tinggi.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas
Kerajaan negeri sedang mengkaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan.
2,947 unit hartanah di Pulau Pinang tidak terjual setakat suku ketiga 2023
Jumlah ini termasuk 503 unit (17 peratus) hartanah berharga RM300,000 ke bawah, sepertimana mengikut data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara.
64 kes keganasan rumah tangga babitkan suami direkodkan di Pulau Pinang
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 105 kes membabitkan lelaki pada tahun lepas.
Bekas ketua menteri perlu hormat keputusan, hala tuju kepimpinan semasa - Chow
Chow berkata, kerajaan negeri sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam menerima teguran dan kritikan daripada mana-mana pihak.
Hampir 4,000 penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji
Chow berkata bayaran bonus kepada 3,867 penjawat awam negeri itu akan dibuat bulan Disember ini.
DUN P. Pinang sebulat suara lulus usul nyatakan solidariti untuk Palestin
Usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dipersetujui sebulat suara tanpa bahas.
Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024
DUN Pulau Pinang diberitahu MRT Corp telah menawarkan tender untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian berkenaan projek LRT di negeri itu.
PRN: BN, PKR P. Pinang terima keputusan dengan hati terbuka
BN dan PKR juga akan segera melakukan post mortem untuk kenal pasti kelemahan.
DUN Pulau Pinang bubar esok - Chow
Tarikh itu telah dicadangkan dan telah mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pagi tadi.