awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tiada sebab saya perlu tinggalkan SUPP," kata Riot

Bernama
Bernama
19/05/2014
23:53 MYT
"Tiada sebab saya perlu tinggalkan SUPP," kata Riot
Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Richard Riot Jaem. --gambar fail
Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Richard Riot Jaem pada Isnin berkata tiada sebab baginya meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).
Kata Riot walaupun empat wakil rakyat telah keluar daripada SUPP untuk menyertai TERAS minggu lepas, beliau tidak nampak tempat untuknya dalam parti baharu itu sekiranya beliau dipelawa berbuat demikian.
"Kenapa saya perlu meninggalkan kedudukan saya sekarang untuk menyertai TERAS, sedangkan saya tidak tahu apa yang ada di sana (dalam TERAS) untuk saya?" katanya kepada pemberita di sini.
Menteri Sumber Manusia itu berkata sebagai anggota kabinet persekutuan, beliau akan patuh kepada nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).
"Saya perlu patuh kepada bimbingan (keputusan) Perdana Menteri. Saya seorang menteri dan saya hanya beri tumpuan kepada tugas saya sebagai menteri. Saya perlu menjaga seluruh negara," katanya.
Jumaat lepas, bekas Penolong Setiausaha Agung SUPP Datuk Seri Wong Soon Koh keluar daripada parti itu untuk menyertai Teras bersama tiga anggota dewan undangan negeri (ADUN) - Dr Jerip Susil (Bengoh), Dr Johnical Rayong (Engkilili) dan Ranum Mina (Opar).
Keputusan Wong meninggalkan SUPP berikutan perbalahan beliau selama tiga tahun mengenai kepimpinan parti itu dengan Presidennya Tan Sri Peter Chin Fah Kui.
Selain tiga ADUN daripada SUPP, enam wakil rakyat daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), termasuk Presidennya Tan Sri William Mawan Ikom dan seorang ADUN pembangkang, George Lagong, meninggalkan parti masing-masing untuk menyertai TERAS yang memohon menyertai BN.
Sambil menghormati keputusan mereka menyertai TERAS, Riot berkata permohonan TERAS untuk menjadi parti komponen BN perlu mendapat persetujuan parti komponen BN lain.
"Ia memerlukan keputusan sebulat suara. Ia mesti berupa suatu konsensus. Sekiranya satu (parti komponen) tidak bersetuju, maka jawapannya adalah tidak boleh (untuk menerima TERAS ke dalam BN)," katanya.
Topic Berkaitan
#Parti Rakyat Bersatu Sarawak
#Richard Riot Jaem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan