MALAYSIA
Tiada sekatan pergerakan, Fahmi Reza hanya dalam senarai pemantauan – PDRM
Razarudin menyatakan bahawa kekeliruan semasa semakan di pintu keluar negara menyebabkan arahan sekatan dikeluarkan secara tidak tepat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan Fahmi Reza dikenakan sekatan pergerakan, sebaliknya menjelaskan bahawa nama aktivis itu hanya berada dalam senarai pemantauan pergerakan bagi tujuan rekod dan rujukan dalaman.
Ringkasan AI
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum laporan media serta reaksi awam berhubung dakwaan sekatan pergerakan terhadap Fahmi Reza atau nama penuhnya Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.
“Tiada sebarang sekatan rasmi dikenakan terhadap Fahmi Reza buat masa ini.
"Namun, nama beliau telah dimasukkan ke dalam senarai pemantauan pergerakan susulan siasatan kes yang masih dijalankan oleh pihak PDRM,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan bahawa senarai pemantauan tersebut tidak membawa maksud sekatan, sebaliknya merupakan sebahagian daripada prosedur pemantauan lazim yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
Menurutnya, kekeliruan telah berlaku semasa proses semakan di pintu keluar negara semalam, yang menyebabkan arahan sekatan pergerakan dikeluarkan secara tidak tepat.
“Situasi ini sedang diteliti dan langkah sewajarnya akan diambil bagi memperkemas prosedur sedia ada,” tegasnya.
Razarudin turut menegaskan komitmen PDRM dalam melindungi dan menghormati hak kebebasan bergerak setiap rakyat Malaysia, dan individu berkenaan adalah bebas untuk melakukan perjalanan keluar dan masuk negara seperti biasa, tertakluk kepada peraturan Jabatan Imigresen dan undang-undang berkaitan.
Ringkasan AI
- PDRM menafikan Fahmi Reza dikenakan sekatan pergerakan, sebaliknya menjelaskan bahawa namanya hanya berada dalam senarai pemantauan pergerakan untuk tujuan rekod dan rujukan dalaman.
- Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menyatakan bahawa kekeliruan semasa semakan di pintu keluar negara menyebabkan arahan sekatan dikeluarkan secara tidak tepat, dan perkara itu sedang diteliti untuk penambahbaikan prosedur.
- PDRM menegaskan komitmen untuk melindungi hak kebebasan bergerak rakyat Malaysia, dan individu seperti Fahmi Reza masih bebas untuk keluar masuk negara tertakluk kepada undang-undang dan peraturan imigresen.