awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: JDT buka tirai tahun 2026 tewaskan Selangor
Polis kenal pasti 16 lagi mangsa kebakaran bar di Crans-Montana
Bekas jurulatih NFDP keluar bukan kosong, tetap boleh bantu perkembangan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sekatan perjalanan di Kuching - Uggah

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
29/10/2020
07:32 MYT
Tiada sekatan perjalanan di Kuching - Uggah
Uggah (kanan) diberi taklimat ketika melawat bilik operasi di pekarangan Masjid Kampung Haji Baki. - Foto JPBN Sarawak
KUCHING:Tiada sekatan perjalanan di Kuching setakat ini walaupun daerah ini diisytiharkan sebagai Zon Merah COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagaimanapun berkata, penduduk di luar Kuching dinasihatkan untuk tidak melawat daerah ini kecuali mempunyai urusan penting.
“Kita juga berharap agar penduduk di Kuching kekal di rumah masing-masing dan elakkan untuk ke daerah lain. Hanya duduk di rumah sahaja,” katanya
Uggah berkata demikian kepada media selepas melawat bilik operasi di pekarangan Masjid Kampung Haji Baki di sini hari ini.
Kampung Haji Baki adalah kawasan pertama di Sarawak yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Mengulas lanjut mengenai PKPD, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata ada banyak faktor perlu dipertimbangkan dalam melaksanakan perintah berkenaan.
Ia termasuk keputusan untuk tidak melibatkan penguncian sepenuhnya sehingga larangan rentas daerah dilaksanakan.
“Kita telah berbincang dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenai perkara terbabit kerana komuniti perniagaan akan berdepan cabaran besar sekiranya penguncian daerah dilakukan.
“Jadi, kita membuat keputusan untuk menguatkuasakan PKPD di Kampung Haji Baki sahaja,” ujarnya.
BACA: COVID-19: Virus dari Kluster Greenhill mudah berjangkit - Dr Sim Kui Hian
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sarawak
#Douglas Uggah Embas
#Kampung YHaji Baki
#Kluster Baki
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#JPBN
#Kuching
#Media
#menteri
#operasi
#Ketua Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan