awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sekolah dipaksa laksana DLP - Kamalanthan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
28/03/2016
06:10 MYT
Tiada sekolah dipaksa laksana DLP - Kamalanthan
KAMALANATHAN: Kita ada 10,150 sekolah seluruh negara dan tiada satu pun sekolah dipaksa ambil DLP. - Gambar fail
Kerajaan tidak pernah memaksa mana-mana sekolah yang terlibat untuk melaksanakan Program Dwibahasa (DLP), ujar Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.
Pada masa sama, kementeriannya akan terus melakukan pemantaun ke atas program berkenaan.
"Program DLP bukan program paksaan. Kita ada 10,150 sekolah seluruh negara dan tiada satu pun sekolah dipaksa ambil DLP," katanya semasa menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Jelas beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengambil pandangan semua lapisan masyarakat berhubung pelaksanaan program berkenaan.
"Di KPM kita sentiasa terbuka untuk mendapat pandangan dan cadangan untuk kukuhkan Bahasa Inggeris dan martbat Bahasa Malaysia.
''Inilah program yang telah kita cuba dan ada permintaan. Lebih daripada jangkaan tetapi sekolah-sekolah ini perlu memenuhi kriteria," jelasnya.
Justeru, beliau mengingat mana-mana pihak agar tidak khuatir dengan pelaksanaan program DLP kerana kementeriannya akan terus melakukan pemantauan dan penambahbaikan.
Ujarnya, Malaysia mensasarkan untuk bersaing di peringkat antarabangsa sekali gus memerlukan usaha bagi memperkasakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia akan tersu dimartabatkan.
Mengulas mengenai Program Imersif Tinggi (HIP), beliau menjelaskan, ia mendapat banyak sokongan banyak pihak berikutan 2,094 sekolah telah memulakan program berkenaan.
"Penerimaannya cukup baik. Dua strategi kita ambil iaitu DLP dan HIP. HIP aktivitinya di luar bilik darjah . Kita akan tengok macam mana perkembangannya tetapi buat masa ini kedua-duanya diperlukan," katanya.
BACA: Pelaksanaan Program Dwi-Bahasa boleh renggangkan masyarakat - Abdul Raof
Topic Berkaitan
#DLP
#P. Kamalanathan
#Program Dwibahasa
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan