awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada simbahan minyak di lebuh raya Karak, insiden lama tular semula - Anih Berhad

Bernama
Bernama
03/06/2019
09:42 MYT
Tiada simbahan minyak di lebuh raya Karak, insiden lama tular semula - Anih Berhad
Anih Berhad meminta orang ramai untuk menghentikan penularan mesej simbahan minyak di lebuh raya itu. -Foto BERNAMA
Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) Anih Berhad menafikan dakwaan berlaku simbahan minyak di Kilometer 75.7 lebuh raya itu, yang tular di media sosial baru-baru ini.
Sebaliknya, Anih Berhad menerusi kenyataan media di sini hari ini, berkata kejadian yang tular itu merupakan insiden lama yang berlaku pada 6.28 petang, 3 Julai 2017.
"Ia adalah kemalangan lama membabitkan tujuh kenderaan yang berlaku akibat kesan daripada tumpahan minyak akibat daripada kemalangan di lokasi sama sebelumnya," menurut kenyataan itu.
Penularan mesej di Km75.7 itu merupakan insiden kedua yang membabitkan lebuh raya itu pada bulan ini, selepas insiden pertama kononnya berlaku tumpahan minyak antara Km46.2 hingga Km46.8 arah timur berhampiran Bukit Tinggi.
Sehubungan itu, Anih Berhad meminta orang ramai untuk menghentikan penularan mesej terbabit kerana dibimbangi akan menimbulkan kekeliruan dan suasana panik, terutamanya semasa orang ramai rancak pulang ke kampung bagi menyambut hari raya Aidilfitri.
"Anih Berhad memohon pengguna lebuhraya KLK tidak terpedaya dengan pihak tertentu yang menyebarkan gambar lama lokasi insiden kemalangan berkenaan dan jangan terpengaruh dengan penularan mesej lama.
"Pengguna boleh melayari laman sosial syarikat iaitu Twitter di @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk mengetahui maklumat rasmi mengenai keadaan trafik di lebuh raya," menurut kenyataan itu.
Anih Berhad menambah pengguna juga boleh menghubungi terus talian hotline 09-547 9111 atau 1700-818-700 jika menerima maklumat yang berkaitan aktiviti khianat dalam jajaran KLK dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT1).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Anih Berhad
#kemalangan
#Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak KLK
#media sosial
#minyak
#Pantai Timur
#perkara lama berulang
#Semak Fakta
#simbahan minyak
#tuduhan palsu
#tumpahan minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan