awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada tangkapan ke atas ketua polis negeri - KPN

Bernama
Bernama
10/09/2024
11:41 MYT
Tiada tangkapan ke atas ketua polis negeri - KPN
Razarudin berkata dakwaan tersebut adalah berita tidak benar selepas pihaknya mendapatkan pengesahan daripada SPRM. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan berhubung tangkapan terhadap seorang ketua polis negeri oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata dakwaan tersebut adalah berita tidak benar selepas pihaknya mendapatkan pengesahan daripada SPRM.
"Tiada tangkapan membabitkan ketua polis negeri dilakukan SPRM, berita itu tidak benar," katanya kepada Bernama.
Razarudin turut menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan berita tidak benar yang boleh menjejaskan imej PDRM.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki turut menafikan mengenai tangkapan membabitkan ketua polis negeri berkenaan dan menyifatkan berita tersebut adalah palsu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof turut menafikan perkara tersebut.
"Cerita tak betul...banyak lagi cerita tidak betul dalam media sosial bukan hanya tentang ini sahaja," katanya.
Terdahulu tular di alipkasi Telegram berhubung tangkapan melibatkan seorang ketua polis negeri oleh SPRM dan turut menemukan wang tunai berjumlah RM4 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#Telegram
#media sosial
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan