Lebuh raya Central Spine (CSR) sepanjang 411 kilometer yang menghubungkan Pahang ke Kota Bharu, Kelantan tidak akan dikenakan tol, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ia turut merangkumi Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, melibatkan laluan sepanjang 61.36 km yang merupakan sebahagian daripada projek CSR.
"Alhamdulillah, ingin saya menyatakan Lebuh raya Central Spine Road dan juga Lebuh raya Kota Bharu yang menghubungkan Kuala Krai tidak akan dikenakan tol," katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Kamarudin Jaffar (PKR-Tumpat) yang ingin tahu adakah kerajaan merancang untuk mengenakan tol apabila Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai siap kelak.
Menjawab soalan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) mengenai penyelenggaraan lebuh raya itu, Rosnah berkata peruntukan bagi kos penyelenggaraan dibuat oleh kerajaan sebagaimana penyelenggaraan bagi jalan raya persekutuan.
Rosnah berkata projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai itu dilaksanakan secara berperingkat bermula daripada Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).
Beliau berkata pakej 1B iaitu dari Pasir Hor ke Kadok sepanjang 7 km yang bermula April 2014 dijangka siap Februari 2018, pakej 2A dari Kadok ke Ketereh sepanjang 6.85 km pula akan siap pada November 2018 dan pakej 2B dari Ketereh ke Kok Lanas sepanjang 6.2 km telah pun dikeluarkan surat setuju terima pada 3 Nov lalu.
"Pelaksanaan fizikal projek pakej-pakej lain dijangka dilaksanakan secara berperingkat dalam RMK11, tertakluk kepada kelulusan agensi pusat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2017

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) melihat lebuh raya yang siap dibina ketika majlis Pembukaan Jajaran Projek CSR Sekysen 3H (Skop Tambahan) Kampung Kechur ke Kampung Seberang Jelai pada Disember 2016. --fotoBERNAMA

Dua lelaki ditemukan selamat, dua lagi masih hilang di hutan Lahad Datu
Menurut bomba, empat individu yang masuk ke kawasan itu untuk mencari hasil hutan telah berpecah kepada dua kumpulan.

Pihak berkuasa Filipina pantau peningkatan aktiviti Gunung Berapi Kanlaon
Sebanyak 72 gempa bumi gunung berapi direkodkan antara tengah malam hingga tengah hari Isnin, dengan magnitud antara 0.3 dan 3.1.

Gencatan senjata: India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam
Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu.

ACO perkasa jaringan koperasi ASEAN, pacu sektor ketiga ekonomi serantau
Pada masa ini terdapat 300,000 koperasi di rantau ASEAN dengan keanggotaan 65.7 juta orang, menyumbang 10 peratus kepada KDNK negara.

Malaysia seru kerjasama global lindungi kebajikan pekerja
Sim berkata kebajikan pekerja adalah elemen penting dan tidak boleh diketepikan dalam agenda kerajaan Malaysia.
Tumpuan Selasa – 13 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nissan Motor catat kerugian, lebih 10 ribu pekerjaan dikurangkan
Nissan Motor akan mengurangkan lebih daripada 10,000 lagi pekerjaan di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini kepada kira-kira 20,000 atau 15% daripada tenaga kerjanya.
Menteri BRICS mesyuarat di Brazil usaha capai keamanan
Barisan menteri luar dari negara-negara BRICS mengadakan mesyuarat di Rio de Janeiro pada Isnin dengan rayuan Brazil untuk mencapai keamanan khususnya di Ukraine termasuk tindak balas yang diselaras terhadap langkah-langkah perdagangan Amerika Syarikat.
Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara sendiri - Jurucakap China
China terus berpendirian tegas bahawa Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara, seperti mana yang didakwa Parti Progresif Demokratik (DPP) di wilayah itu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.
AS, China kurangkan tarif timbal balik
Selepas pertemuan di Geneva, dua ekonomi terbesar dunia itu menyatakan komitmen untuk bergerak ke hadapan dalam semangat keterbukaan bersama, komunikasi berterusan, kerjasama dan saling menghormati.

Jana Wibawa: Wan Saiful mengaku tidak bersalah dua pertuduhan rasuah
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di ibu negara pada Selasa atas dua pertuduhan menerima rasuah RM6.9 juta bagi projek berhubung inisiatif Jana Wibawa.

Warga emas maut, pemandu parah, kereta langgar belakang lori
Dalam kejadian kira-kira jam 10.35 pagi itu, mangsa yang berusia 76 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Tamat kontrak projek alami kelewatan keputusan terakhir - Fadillah
Kerajaan serba salah untuk tamatkan kontrak melihat kepada keadaan semasa yang menjadi kekangan kepada kemajuan sesebuah projek.

Tiada tol bagi Lebuh raya CSR - Rosnah
Ia turut merangkumi Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, melibatkan laluan sepanjang 61.36 km yang merupakan sebahagian daripada projek CSR.