Tajam dan tegas. Itu pendirian wanita Gabungan Parti Sarawak Gabungan Parti Sarawak (GPS) terhadap serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand.
Ketua Wanita GPS, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, hari ini genap seminggu tragedi yang menggorbankan 50 nyawa itu berlaku.
Seiring pendirian Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern yang mencintakan keamanan, wanita GPS mahu segala bentuk ekstremisme ditolak.
“Kami seperti badan lain mengutuk insiden di Christchurch, yang telah mengakibatkan penderitaan dan kehilangan nyawa insan yang tidak bersalah berpunca kebencian, tiada tolak ansur dan ekstremisme," katanya pada Jumaat.
Menurut Fatimah, tiada ruang buat pelampau apatah lagi pengganas untuk bertapak di Bumi Kenyalang yang dihuni pelbagai kaum dan agama yang hidup penuh harmoni.