awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dera kanak-kanak: Pasangan suami isteri direman seminggu bantu siasatan
Projek Perolehan TDM: Bekas Panglima Tentera Darat direman 7 hari, 2 isteri turut direman
Artemis 2: Empat angkasawan bakal sertai misi NASA ke bulan seawal Februari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada trend luar biasa jangkitan saluran pernafasan di Pahang

Bernama
Bernama
16/11/2019
01:57 MYT
Tiada trend luar biasa jangkitan saluran pernafasan di Pahang
Nasihat kepada individu dan pendidikan kesihatan secara berkumpulan diberikan kepada pesakit sebagai langkah mengelak penularan jangkitan melalui udara dan sentuhan. - Gambar fail
Tiada trend luar biasa jangkitan saluran pernafasan atau influenza dikesan di Pahang buat masa ini, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.
Beliau juga memberi jaminan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) sentiasa memantau rapi bagi mengesan jika berlaku situasi luar biasa jangkitan itu, menerus sistem pemantauan influenza sedia ada.
Bagaimanapun, Dr Sha'ari berkata pihaknya tetap mengambil langkah kawalan dan pencegahan di beberapa lokasi yang terlibat dengan tiga kejadian jangkitan saluran pernafasan di Bentong dekat sini, baru-baru ini.
"Semua fasiliti kesihatan dan hospital berada dalam siap siaga terutamanya yang terletak di Bentong selain perebakan telah dikawal dengan baik dan dipantau secara harian.
"Nasihat kepada individu dan pendidikan kesihatan secara berkumpulan diberikan kepada pesakit sebagai langkah mengelak penularan jangkitan melalui udara dan sentuhan," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas jangkitan saluran pernafasan di Bentong yang tular di media sosial baru-bari ini sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Kejadian pertama, menurut Dr Sha'ari dikesan pada 5 Nov lalu melibatkan sembilan pesakit Unit Hemodialisis Hospital Bentong yang dijangkiti semasa sesi rawatan yang sama, dengan dua daripadanya masih dirawat di hospital sama manakala seorang lagi dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Manakala pada 12 Nov lalu, 11 pelajar prasekolah dari Sekolah Kebangsaan Mempaga 1, Bentong yang dipercayai dijangkiti bermula cuti hujung minggu, dengan satu lagi kejadian melibatkan 53 kes jangkitan di sebuah sekolah berasrama penuh yang dikesan pada hari yang sama (12 Nov).
"Bagaimanapun, semua kes di kedua-dua sekolah berkenaan telah beransur pulih. Semua kejadian ini, sama ada di hospital dan dua sekolah berkenaan juga adalah tidak berkaitan antara satu sama lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bentong
#Influenza
#jangkitan
#media sosial
#Pahang
#saluran pernafasan
#Sha'ari Ngadiman
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan