MALAYSIA
Tiada unsur jenayah pelajar UM maut jatuh dari kolej kediaman - Polis
Shamsudin berkata hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan dada. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian melibatkan seorang pelajar Universiti Malaya (UM) maut dipercayai terjatuh dari bangunan kolej kediaman universiti berkenaan petang semalam.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata hasil bedah siasat mendapati kematian pelajar lelaki berusia 22 tahun itu berpunca daripada kecederaan serius di kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi.
"Bedah siasat ke atas mangsa telah dijalankan oleh pegawai perubatan di Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bermula kira-kira 10 malam semalam dan selesai sekitar 3 pagi tadi.
"Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan dada. Tiada kesan jerutan atau lain-lain unsur jenayah dikesan pada tubuh mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat pelajar berkenaan telah dituntut oleh keluarganya pada 10 pagi ini.
Sebelum ini, Shamsudin memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian mangsa terjatuh dari bangunan kolej kediaman pada 3.15 petang semalam.
"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di PPUM pada 4.25 petang," katanya.
Menurut beliau, siasatan di lokasi kejadian telah dijalankan Pasukan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Selangor bersama pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, selain keterangan saksi turut dirakam bagi membantu siasatan.
Shamsudin berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis masih meneruskan siasatan bagi melengkapkan laporan penuh berhubung insiden itu.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau tampil ke balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pelajar UM maut dipercayai terjatuh dari bangunan kolej kediaman, polis sahkan tiada unsur jenayah dikesan.
- Bedah siasat menunjukkan kecederaan serius di kepala dan dada, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
- Siasatan masih diteruskan, keterangan saksi telah dirakam dan orang awam diminta tampil jika ada maklumat.