awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada unsur khianat, jenayah dalam kebakaran di IPD Sepang

Bernama
Bernama
23/03/2022
02:20 MYT
Tiada unsur khianat, jenayah dalam kebakaran di IPD Sepang
Video tular memaparkan insiden kebakaran melibatkan Pejabat Pentadbiran Jenayah IPD Sepang pada Selasa.
SEPANG: Kebakaran di tingkat satu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang membabitkan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) dan pejabat Pegawai Penyiasat Kanan (S.I.O) semalam, tiada unsur khianat dan jenayah.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata perkara berkenaan disahkan Bahagian Siasatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang diketuai Penguasa Kanan II Azlan Rahmat yang selesai melakukan siasatan di lokasi sehingga pukul 10.30 malam, semalam.
Kejadian kebakaran di tingkat satu IPD Sepang dilaporkan berlaku pada kira-kira 6 petang semalam, sebelum berjaya dipadamkan pihak bomba 40 minit kemudian. Insiden kebakaran itu turut tular di media sosial.
Menurutnya, kebakaran disyaki berpunca dari pejabat pentadbiran BSJ dan seterusnya merebak ke pejabat bersebelahan iaitu pejabat S.I.O serta bilik mesyuarat BSJ.
"Tiada kertas siasatan yang terbakar," kata Wan Kamarul Azran ketika dihubungi hari ini.
Siasatan kebakaran di IPD Sepang itu turut disertai 21 anggota dan unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang berada lokasi sejak 8.30 malam.
Wan Kamarul Azran berkata pemeriksaan awal mendapati hampir keseluruhan pejabat di BSJ mengalami kerosakan akibat kebakaran tersebut.
Kerosakan lain yang dikenal pasti adalah seperti gangguan talian Internet kerana kabel fiber optik turut terbakar, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ipd sepang
#kebakaran
#khianat
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan