awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Hubungan China-Malaysia akan terus cemerlang pada 2026 - Duta China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada unsur mistik, budak 6 tahun memang tahu fungsi pedal minyak dan gear - Polis

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
11/05/2023
09:26 MYT
Tiada unsur mistik, budak 6 tahun memang tahu fungsi pedal minyak dan gear - Polis
Hasil rakaman percakapan ke atas kanak-kanak lelaki terbabit mengaku mengetahui fungsi pedal minyak dan gear. - Foto PDRM
ALOR SETAR: Kanak-kanak berusia enam tahun yang memandu kereta milik bapanya sejauh 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada malam Selasa sememangnya tahu cara pemanduan kereta.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, hasil rakaman percakapan ke atas kanak-kanak lelaki terbabit mengaku mengetahui fungsi pedal minyak dan gear.
Beliau berkata, siasatan dijalankan Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, kanak-kanak terbabit turut menunjukkan cara dia mengendalikan kenderaan Toyota Vios pada malam itu.
“Berdasarkan siasatan yang dibuat, didapati kanak-kanak tersebut mengetahui fungsi pedal minyak dan gear.
“Pemeriksaan papan hadapan (dashcam) juga dapati pemanduan tidak begitu stabil, dimana ada ketika sedikit memasuki lorong bertentangan dan kadang-kadang ke kiri dan ke kanan jalan.
“Kanak-kanak tersebut juga menunjukkan cara menghidupkan enjin dan menunjukkan bagaimana cara turunkan brek tangan apabila diminta menunjukkannya.
"Malah kanak-kanak itu turut menunjukkan bagaimana cara dia memandu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
BACA: Kes budak enam tahun pandu kereta dikaitkan unsur mistik
Shariman turut menolak dakwaan terdapat unsur mistik seperti tular sebelum ini.
"Kita menolak kemungkinan itu (unsur mistik) kerana pemeriksaan kita mendapati bahawa kanak-kanak itu memang tahu untuk mengendalikan kenderaan," katanya.
Sebelum itu katanya, kanak-kanak tersebut hadir ke Balai Polis Trafik ditemani ibu bapanya untuk direkodkan keterangan yang selesai tengah hari tadi.
Katanya, polis meneruskan siasatan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Semalam Astro AWANI melaporkan dua beradik ditemukan orang awam di dalam sebuah kereta jenis Toyota selepas terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada jam 11.15 malam Selasa.
Dalam kejadian itu, kanak-kanak berusia enam tahun mengalami kecederaan luka di bahagian dagu manakala adiknya berusia tiga tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Topic Berkaitan
#budak 6 tahun pandu kereta
#Polis Langkawi
#rakaman percakapan
#minyak gear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan